PENGALAMAN BERCUTI 5 HARI 4 MALAM DI PERTH BERSAMA KELUARGA

06:42:00


Alhamdulillah berkesempatan nak kongsi dengan korang semua tentang percutian Nad sekeluarga di Perth, Australia. Kami pergi 5 hari je dan cukuplah tu untuk kenangan yang indah untuk anak-anak.

Flite kami pukul 12 malam. Pukul 6 petang dah gerak ke KLIA naik grab. Perjalanan pun dah nak dekat sejam lebih tambah dengan jem lagi kan.

Sementara nak tunggu check in flite, kena pastikan perut anak-anak ni terisi. Barulah lenaaa tido nanti sepanjang malam.
Masing-masing tak sabar nak naik flite

Dah mengantuk sebab flite gerak pukul 12 malam tapi tahan mata juga kunun nak tengok view luar,hihi

Mujur Alya tidur sepanjang perjalanan. Kalau idokk, semua orang dalam flite tak leh tido lah dengar dia bercakap tak benti.

Day 1

Kami tiba di Perth lebih kurang pukul 5 pagi. Time tu kat sana memang dah cerah tau. Pukul 5 pagi di sana lebih kurang dah macam pukul 7 pagi kita di Malaysia. Kalau nak bandingkan masa, sama saja dengan Malaysia tapi disebabkan sekarang di sana dah masuk musim panas. Makanya, waktu siang jadi lebih awal.

Kawalan dalam epot amatlah ketat. Kami hanya bawa 3 hand carry dan 2 luggage besar. 1 luggage ada baju saja dan 1 lagi luggage berisi makanan. Makanan yang Nad bawa tu semua jenis paket-paket segera contohnya Brahim. Mujor juga dah siap buat declaration list makanan. Senang sikitlah masa nak lalu kawalan imigresen sana. Hanya perlu tunjuk list tanpa buka beg.

Lepas tu kami checkin masuk apartment. Apartment pun luas ada 2 bilik siap ada drier dan mesin basuh. Dapur memasak pun siap lengkap tau.

Hari pertama kami hanya jalan-jalan di sekitar bandar Perth saja naik bas free. Kat sana memang disediakan bas free tau. Nak pusing banyak kali pun boleh.

Apartment kami. The Alderney Hay Apartment

Budak-budak ni memang tak reti penat ke? Adussss..

Mesti nak kena cari juga nasik lemak. Mujor kat sana ada banyak je kedai makanan melayu.

Pusing-pusing bandar Perth naik bas free.



Day 2

Tempat pertama kami pergi adalah Monument Hill. Kalau kita kat Malaysia ni macam Tugu Negara lah. Panas sangat kat sana mungkin sebab takde tempat bertutup kan. Nak bergambar dan buat video live pun jadi silau.

Lepas tu, kami bergerak ke Fremantle Market. Kat situ ada banyak jual cenderahati dan ada banyak juga buah.

Perjalanan diteruskan ke EShed Market dan Kailis Fish and Chips.

Ni di Monument Hill. Kat situ ada juga meriam-meriam lama.

Fremantle Market. Kalau kat Malaysia macam pasar seni. Ada banyak cenderahati di jual.

Buah-buahan segar di Fremantle. Murah la juga. 

Buah ceri murah dan fresh. Hajat hati nak beli semua bawa balik. Tapiii....

Kat Fremantle ada banyak juga barang kulit original

Yang dalam ni semua dah masak tau. Jangan tak lalu nak makan pulak.

Ni di Kailis Fish Market. Nak makan-makan pulak.
Inilah rupanya fish and chip mat saleh. Sama je bentuk macam kat Malaysia. Tapi rasa ikan yang fresh tu tetap ada.

Ni sos-sos nya. Nad siap bawa sos sendiri,hihi.

Di kawasan sekitar Kailis Fish Market


E-Shed Market ni tempat shoping juga untuk cenderahati.

Ini namanya Rainbow Container. Korang bayangkanlah kontena beso-beso disusun cenggini. Waaaa ingat senang ka? 

Asal boleh jelaa bergamboo



Day 3

Harini kami akan pergi ke Pinnacles, Lancelin Sand Dunes dan singgah solat di Hepburn Mosque.

Harini perjalanan kami ke sini hampir 3 jam. Angin sejuk kuat sangat. 
Ini namanya Pinnacles. Batu-batu yang terhasil akibat hakisan angin. Hebatnya kuasa Allah kan?


Pandai pulak posing

Lancelin Sand Dunes. Kat sini macam padang pasir. Pasirnya halus-halus sangat. Kami main luncur pasir sebab kawasan yang berbukit-bukit. Angin sejuk kuat yang aaammmaattt la.


Day 4

Trip diteruskan ke Caversham Farm Show, Margaret River Chocolate,The House of Honey.

Petangnya kami berpiknik di Kings Park. On the way balik apartment, singgah bergambar di Blue Bot House.
Caversham ni ada banyak haiwan contohnya Kanggaroo. So kat sini kami bagi kanggaroo makan. Jinak sangat semuanya.



Ini namanya Wombat. Sensitif dan tak boleh pegang sembarangan.


Masa show, Irfan volunteer ke depan. Nak bagi kambing biri-biri minum susu.


Dapat juga pegang koala. 
Shoping coklat di Margaret River Chocolate. Yang ni bergambar kat tepi pokok anggur.


Sebelum balik apartment, singgah bergambo depan Blue Bot House. Destinasi wajib kalau ke Perth.

Day 5.

Kami dah bersiap-siap balik ke Malaysia.

Banyak pengajaran sebenarnya Nad dapat bila travel ni. Bukan sekadar nak berjalan habiskan duit, hahah tapi belajar juga erti bersyukur dengan nikmat yang kita ada.

Tunggu next update dari Nad pulak ye.



1 comment:

  1. The roulette wheel has 38 slots numbered 00, 0, and 1–36. The game of roulette is inarguably one of the famous and exciting on line casino video games. However, like all good furnishings, before you cash on|put money into} a Roulette on line casino desk, right here a couple of of} things|are some things} want to|you should|you have to} think about. A good range Bet365 of roulette on line casino desk mats is available on-line, made of green felt, a big roulette mat is one hundred thirty x ninety in dimensions.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.