BAHAYA TELOMERES SEMAKIN MEMENDEK

16:39:00

APA ITU TELOMERES


Telemores terdapat di hujung DNA dan bertindak melindungi kromosom kita. Analoginya, seperti hujung tali kasut kita yang mengandungi penutup plastik. Tanpa penutup plastik tersebut, pastinya tali kasut akan jadi berserabut dan susah untuk digunakan.


Begitu juga dengan telomeres. Jika telomeres rosak, pastinya ia tidak dapat melindungi kromosom kita dan akibat yang lebih teruk sel-sel badan kita pun akan turut rosak.

Kajian menunjukkan, sel badan kita akan rosak dan mati apabila telomeres mengecut dan memendek.

BAGAIMANA TELOMERES BOLEH MEMENDEK

Banyak faktor yang menyebabkan telomeres kita boleh memendek. Antaranya :

1) Terdedah kepada asap rokok

2) Stress

3) Radikal bebas

4) Pencemaran alam sekitar

APAKAH KESAN APABILA TELOMERES MEMENDEK?

Jika kita membiarkan sahaja telomeres ini terus memendek, lama kelamaan semua sel badan kita akan rosak dan musnah. Akibatnya kita mudah dijangkiti penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan yang lebih dahsyat kita akan terdedah dengan penyakit kanser.

Sistem imun badan kita juga menjadi semakin rendah dan menyebabkan mudah mendapat penyakit yang sukar untuk sembuh.

CARA MEMANJANGKAN TELOMERES

Kaedah yang terbaik untuk memanjangkan telomeres adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sentiasa menjaga pemakanan seharian dan juga bersenam.

Amalkan juga pemakanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua ini adalah sumber terbaik untuk memastikan telomeres memanjang.


CARA TERBAIK MELINDUNGI TELOMERES DARI MEMENDEK

Selain daripada mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan antioksidan, anda juga boleh mengambil suplimen antioksidan. 

Vivix adalah suplimen antioksidan yang terkuat di dunia. Vivix diekstrak daripada anggur muscadine dan tumbuhan-tumbuhan yang kaya dengan polifenol. 

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa polifenol sangat membantu memanjangkan telomeres dan sekaligus melindungi telemores daripada memendek.


Dan terbukti mereka yang mengambil Vivix dengan konsisten mempunyai tahap kesihatan yang lebih optimum .

Kesimpulannya disini, kita semua terdedah dengan persekitaran yang menyebabkan telomeres kita memendek. Ia akan terus memendek tanpa kita sedar dan nampak. Kita hanya dapat merasai kesannya apabila tahap kesihatan kita merosot. 

Sebaiknya mulai sekarang, amalkan gaya hidup yang sihat dan ambillah suplimen Vivix sebagai langkah pencegahan untuk hidup yang lebih sihat dan cergas.






No comments:

Powered by Blogger.