PENGALAMAN BAYI TERKENA HFMD DAN RAWATAN HFMD PALING SELAMAT

0 Comments
As salam semua..Alhamdulillah Nad masih berkesempatan untuk share pengalaman Nad handle anak yang mendapat HFMD ataupun lebih dikenali dengan penyakit kaki tangan dan mulut.

Muka ceria 2 hari sebelum terkena HFMD

Nak dijadikan cerita, kami balik sahaja daripada travel di beberapa tempat di Malaysia 2 minggu lepas, Alya tiba-tiba sahaja mendapat penyakit kaki tangan dan mulut. Kalau nak tahu, umur Alya baru sahaja 10 bulan.

Pada mulanya Nad dan suami tidak mengesyaki apa-apa memandangkan Alya hanya demam sahaja di siang hari. Tetapi demamnya kali ini agak lain kerana suhunya tak turun-turun walaupun selepas diberi ubat dan di jerlum.

Bukan setakat itu sahaja, tahap merengeknya pun boleh tahan juga, hihi. Bagi Nad agak pelik kerana sebelum ni Alya jarang sangat merengek-rengek dan menangis ketika demam. 

Sampailah ke malam, baru Nad nampak ada keluar seperti lepuhan si sekeliling mulut Alya. Alya dah mula tak nak langsung menyusu dan air liur asyik keluar sahaja daripada mulutnya. Selain itu, ada juga beberapa lepuhan di tangannya.

Terus Nad google dan simptom HFMD sebijik macam yang Alya sedang alami. Sepanjang malam Alya tak tidur langsung. Menangis dan merengek mungkin sebab sakit di dalam mulut dan juga Alya langsung tak nak menyusu. 

Antara simptom penyakit HFMD ialah :

1) Demam
2) Keluar lepuhan di sekeliling mulut, kaki dan tangan
3) Ulser di dalam mulut



Esok paginya, Nad terus bawa Alya ke klinik pakar kanak-kanak dan doktor mengesahkan simptom yang Alya alami serupa dengan HFMD. Cuma Alya bernasib baik kerana lepuhannya tidak banyak di kaki dan tangan.

Nad hanya sapu Vivix pada lepuhan di mulut dan sapu krim herbal blend seluruh badan. Masa tu dah nampak macam keluar merah-merah di kaki dan tangan Alya. Nad tambahkan kekerapan sapu herbal blend. 

Alhamdulillah, Alya hanya demam sehari sahaja dan lepuhan di mulut tu kering dalam masa sejam rasanya selepas Nad sapu vivix. 

Alya dah mula nak menyusu dan Nad sendiri ambil Nutriferon, Garlic Complex dan Vitamin C supaya ia dapat disalurkan melalui susu ibu kepada Alya.

Hati Nad mula bimbangkan kemungkinan penyakit HFMD ni akan berjangkit pula kepada Irfan dan Auni yang masing-masing berumur 5 dan 4 tahun. Mengikut pembacaan Nad, penyakit HFMD akan mudah berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Ikhtiar Nad sebagai langkah pencegahan HFMD ialah berikan mereka Nutriferon dan Omega Guard. Disamping itu, berdoa kepada ALLAH supaya anak-anak sihat sentiasa kerana Nad yakin doa seorang ibu tiada hijabnya.

Bersyukur sangat Auni dan Irfan tidak berjangkit dengan HFMD


Alhamdulillah, Allah izinkan Alya sembuh daripada HFMD dalam masa 2 hari sahaja. Irfan dan Auni juga tidak dijangkiti dengan penyakit HFMD. Mungkin kerana ikhitiar Nad berikan Nutriferon untuk bantu kuatkan sistem imun mereka.

Bagi Nad, pengalaman anak terkena HFMD adalah sangat menarik kerana memang Nad tak boleh tidur 2 hari, hahaha. Ini adalah pengalaman berharga yang Nad boleh kongsikan dengan ramai ibu di luar sana. 

Kepada ibu-ibu yang ingin menguatkan sistem imun anak-anak dan mengelakkan daripada mereka terkena jangkitan HFMD, Nad cadangkan cubalah berikan mereka Nutriferon. Boleh baca testimoni di bawah ini.





Jika ada yang berminat untuk dapatkan Set HFMD ini, boleh hubungi Nad bila-bila masa untuk Nad share pengalaman amalkan suplimen ini untuk anak.

Nad
Call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com





You may also like

No comments: