KRONOLOGI KELAHIRAN ALYA SOLEHAH

1 Comments
Nad tak tahu kenapa nak sangat berkongsi mengenai kelahiran anak ketiga ni. Selalunya ramai yang selalu berkongsi kenangan kelahiran anak pertama kan?

Bagi Nad inilah satu-satunya proses bersalin yang sangat INDAH...

3/2/2016
======
Seawal pagi Nad dah terasa perut mengeras dan disertai rasa sakit sedikit. Masa tu tak risau sangat sebab rasanya macam biasa-biasa je. Tetapi sakit tu berpanjangan sehingga ke petang. Nad terus call suami yang sedang bertugas di Nilai ketika itu.

Walaupun ini adalah kehamilan ketiga, tetapi Nad masih ada rasa cuak kot-kot ter "beranak" kat rumah. Kalau nak tahu, kedua-dua anak sebelum ni semuanya bersalin pada minggu ke 40 dan semuanya ambil masa yang lama untuk bersalin walaupun dah sakit.

Jadi bila dah sakit kali ni, Nad tahu ini mesti ambil masa 2-3 hari juga nak bersalin. Tapi yang Nad risaukan ialah ketiadaan suami ketika Nad mahu bersalin. Nad selalu berdoa semoga suami sentiasa ada disisi sewaktu mahu bersalin.

"Abang balik sekarang, kita pergi hospital Salam Senawang, nanti abang boleh minta excuse kerja bila kena admit"

Alhamdulillah, pukul 8 malam suami sampai di rumah dan kami bersiap-siap pergi hospital.

Kenapa Nad pilih bersalin di hospital swasta walaupun hospital kerajaan hanya 5 minit sahaja dari rumah? Nad akui yang hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang mencukupi tetapi Nad memang mahukan suami ada disisi sepanjang masa bermula dari sakit contraction sehingga bersalin.

Jadi, Nad perlu invest sedikit duit bagi bersalin di hospital swasta. Nasib baik dah siap-siap kumpul bonus Shaklee setiap bulan. Lega sungguh tak perlu fikir bab kewangan.

Sampai je hospital Salam, Senawang, bukaan baru 1cm dan Nad dah agak sebab semua anak memang macam tu pun, hahaha. Sakit bagai nak rak tapi bukaan sikit je,hihi.

Tetapi, kami bernasib baik kerana mendapat sebuah bilik VVIP yang besar memandangkan semua bilik dah penuh. Memang rezeki sungguh dengan biliknya yang sangat selesa dan besar.


4/2/2016
======

Pagi tu, midwife cek bukaan lagi dan baru buka 2 cm.

Terus Nad cakap begini kat midwife...

" Nurse, saya nak induce"

waaaaa...masa tu terfikir

 "adussss..aku ni tak serik-serik ke nak induce lagi?dahla masa anak kedua pun induce"

Pukul 9 pagi, ubat induce dimasukkan untuk kali pertama. Nurse cakap,kalau ada progress tak perlu buat drip dan boleh terus bersalin.

Pukul 11 pagi, dah mula rasa contraction sedikit kuat dari biasa tapi Nad masih boleh tahan.

Setiap kali datangnya sakit contraction, Nad akan berselawat sambil tarik nafas sedalam yang mungkin. Allahuakbar...memang kurang sangat sakitnya. Serius...!!!!!!!!

Sambil-sambil tu Nad banyakkan berjalan disekitar kawasan hospital sehingakan nurse bertanya,
"Puan tak sakit ke?pergilah berehat"
Nad terus jawab

"Best sakit ni nurse, macam makan eskrem"
Hahaha..Nad tak tahu nak bagi jawapan apa lagi yang positif. Tapi bila kita bercakap yang baik-baik, ALLAH akan bagi yang terbaik.

Ini induce ok induce. Orang kata sakit induce ni memang tak boleh nak tahan. Lebih sakit daripada bersalin biasa. Nad sendiri pernah rasa sakit induce masa anak kedua.

Tetapi kali ni sangat LUARBIASA. Nad masih mampu tersenyum, berjalan, makan dan solat seperti biasa. Ye memang sakit tetapi sakitnya masih mampu Nad tahan. ALLAHUAKBAR...  

Sehinggalah pukul 4 petang, midwife datang kembali dan cek bukaan. Bukaan baru 4cm dan Nad diberi masa sehingga pagi esok, jika tidak akan trus drip. 

Hanya selawat yang meniti di bibir Nad sepanjang masa dan Nad teruskan mengambil nafas semasa datangnya sakit contractin.


Sempat lagi makan beger yang super sedap ni..hihi


5/2/2016
=========

Pukul 6 pagi, midwife dah suruh Nad bersiap-siap untuk masuk ke bilik bersalin. Nad makan sekeping roti canai yang suami belikan. (hahaha..tengah sakit pun boleh makan lagi).

Sebelum masuk bilik bersalin, Nad sempat lagi minum ESP dan sesudu besar VIVIX. 


Pukul 8 pagi, bukaan di cek lagi dan ada progress dah buka 5 cm. Doktor kata perlu drip jika tidak akan ambil masa yang lama.

Lepas je drip, ketuban dipecahkan dan masa tu masyaALLAH sakitnya, perhhhh memang best baq hang...hahaha

Tapi pelik sungguh, Nad masih mampu tahan sakit bersalin kali ni, induce kotttt. Sehinggakan nurse bertanya,

" Bacaan sakit contraction dah 10, puan sakit tak?"

Nad masih mampu tersenyum dan siap jawab lagi

"Sedap sungguh sakit ni nurse"

Entah macam mana, Nad rasa macam kepala baby dah keluar. Agak kalut sedikit masa tu sebab progress terlalu cepat dengan hanya sekali teran. Syukur...

Alhamdulillah, Alya Solehah binti Mohamad Zaim dilahirkan tepat pukul 11.06 pagi dengan sangat mudahnya.

Sejam selepas dilahirkan

Abang dan kakak datang melawat adik
Alya Solehah dah 7 bulan


Kenapa Nad rasa kelahiran ini sangat INDAH?

1) Nad masih mampu tahan sakit bersalin tak macam sebelum ini. Semasa anak pertama dan kedua, Nad hanya mampu menangis menahan sakit.

2) Nad sangat menikmati sakit bersalin kali ini. Tak sakit..serius tak sakit.

3) Nad percaya kuasa DOA. 

4) Nad percaya kuasa SELAWAT. 


Walau apa pun..memang rasa keajaiban ALLAH dengan bersalin dengan rasa tak sakit dan mudah sangat baby keluar..Alhamdulillah...


You may also like

1 comment:

  1. Setiap anak proses kelahiran memang berbeza...semua pun indah2 belaka...

    ReplyDelete