SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN HARI SUKAN TADIKA LITTLE CALIPH KUALA PILAH

0 Comments
Alhamdulillah...

Hari Ahad lepas, saya dan suami berkesempatan meluangkan masa bersama irfan dan auni untuk menghadiri hari sukan merangkap hari keluarga tadika Little Caliph Kuala Pilah.

Yang menariknya, aktiviti tersebut di adakan di Ladang Alam Warisan Kuala Pilah yang penuh dengan keindahan semulajadi.

Ia dimulakan dengan acara sukaneka kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Untuk pertama kalinya saya menyertai aktiviti seumpama ini kerana sebelum ini hanya menguruskan sukan di sekolah sahaja. Almaklumlah..dah namanya cikgu kan...hihi

Nampak sangat keceriaan anak-anak kecil disitu terutamanya Irfan dan Auni. Tercuit sedikit naluri keibuaan ini " Dah besar anak ibu"....



Bukan sahaja kanak-kanak disediakan sukaneka, malah ibu bapa juga digalakkan mengambil bahagian dalam sukaneka yang diaturkan. Antaranya seperti batu seremban, tarik upih, terompah gergasi, lari dalam guni dan beberapa acara lain.

Bagi mereka yang kali pertama datang ke Ladang Alam Warisan ini, pastinya terpegun kerana keindahan flora dan faunanya. Disini ibarat mini zoo dimana terdapat beberapa haiwan seperti kuda. Aktiviti menunggang kuda dan memanah juga disediakan dengan kadar bayaran tertentu.

Pada pukul 12 tengahari, program tersebut telah berakhir dan nampak sangat muka keletihan irfan dan auni.

Apa yang penting, kami sangat gembira...!!!!! Alhamdulillah....


You may also like

No comments: