7 RAHSIA KEKAL CERGAS SEMASA BERPUASA UNTUK IBU BEKERJA

0 Comments
Assalam semua..

Alhamdulillah,ini adalah kali ketiga saya berpuasa sambil menyusukan anak. Peluang untuk tambah pahala seperti ini memang tidak akan saya sia-siakan.



Pada mulanya saya agak tidak yakin mampu berpuasa sambil menyusukan anak tetapi saya tetap positifkan diri. Keyakinan saya untuk berpuasa dan menyusukan anak semakin kuat setelah melihat video ini.

Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

Antara persediaan awal saya ialah memastikan semua stok EBM mencukupi untuk sepanjang bulan puasa. Lagi satu, saya mengambil SET TRIPLE GEMS daripada Shaklee semasa bersahur supaya badan saya kekal segar dan cergas di siang hari.

Yang penting adalah sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya dikuatkan tubuh badan untuk bekerja dan menyusukan anak.

Untuk hari pertama ini, saya juga dah cuba 7 rahsia kekal cergas semasa berpuasa. Nak tahu apa rahsianya? Jom baca satu persatu.

MESTI BERSAHUR

Sahur adalah ibadah puasa yang sangat dianjurkan. Saya akan bangun pukul 4 pagi dan cuba habiskan 1 liter air dalam masa sejam itu. Pada pukul 5 pagi saya akan mula makan sedikit-sedikit mengikut menu yang disediakan. Selalunya saya akan ambil 2 biji telur dan roti gandum penuh.

Saya tidak mengambil makanan dan minuman yang manis ketika bersahur bagi mengelakkan cepat terasa lapar disiang hari.

ELAKKAN TUNDA BERBUKA

Selalunya semasa berbuka saya akan minum air sedikit dahulu dan beberapa biji kurma

MAKAN SECARA BERTAHAP BUKANNYA DENGAN LAHAP

Biasanya, dengar sahaja azan Maghrib, kita akan segera berbuka puasa tanpa bertangguh dan menerpa semua makanan di atas meja. Sebenarnya ini bukanlah amalan berbuka puasa yang baik.

Setelah seharian perut kita kosong, cuba untuk  makan makanan manis seperti buah kurma atau teh panas. Kemudian rehat sebentar dan tunaikan solat maghrib.

CUBALAH BERSENAM

Maksud saya, bukannya perlu berjoging atau berbasikal atau aktiviti senaman yang berat. Boleh je kalau nak buat semua ini tetapi buatlah dengan kadar yang minimal.

Bagaimanapun, ketika berpuasa ni cubalah pilih senaman yang ringan dan tidak memerlukan banyak tenaga. Waktu yang terbaik untuk bersenam adalah sejam sebelum berbuka puasa.

Seperti saya, saya hanya mengamalkan solat terawih sebagai senaman bagi menjaga kesihatan tubuh. Jangan tak tahu ye, dengan bersolat terawih, ia akan akan membakar lebih banyak kalori.

MINUM AIR SECUKUPNYA

Air sangat penting ketika menunaikan ibadah puasa. Digalakkan kepada anda untuk mengamalkan minimum 8 gelas air setiap hari. Boleh rujuk jadual pengambilan air di bawah sepanjang berpuasa.

KAWAL EMOSI

Bab kawal emosi ini memang saya setuju sangat. Rasulullah sendiri bersabda bahawa puasa itu bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga mengawal nafsu.

Dengan kata lain, tujuan puasa adalah mendekatkan diri dengan ALLAH. Apabila kita dapat mengawal emosi, secara tidak langsung jiwa kita akan tenang dan aman. Maka akan lebih dekatlah kita dengan ALLAH.

AMBIL SUPLIMEN

Kenapa saya kata suplimen sangat penting?

Ye suplimen sangat-sangat penting kerana kita sendiri tidak tahu berapa jumlah keperluan nutrisi kita setiap hari. Kadang-kadang juadah berbuka puasa kita tidak lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan walaupun menunya terlalu banyak.

Untuk bersahur, saya akan pastikan pengambilan SET TRIPLE GEMS menjadi satu kewajipan. Saya perlu mengambil set ini memandangkan saya adalah ibu bekerja yang perlu menguruskan 3 orang anak. 

Dengan pengambilan SET TRIPLE GEMS ini, badan saya akan lebih bertenaga sepanjang hari dan susu badan pun sangat banyak.

Yang lagi seronoknya, memang tidak terasa dahaga walaupun saya menyusukan anak sepenuhnya, Alhamdulillah.



Sekian 7 rahsia kekal cergas semasa berpuasa yang saya kongsikan. Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan untuk berpuasa dengan gembira dalam melakukan amal ibadah dengan lebih sempurna.

Untuk sebarang konsultasi mengenai suplimen dan SET TRIPLE GEMS, boleh hubungi saya. Perkhidmatan saya untuk anda adalah 24 jam secara percuma.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: