BERBENGKUNG : PRAKTIKAL ATAU TIDAK DI ZAMAN MODEN

0 Comments
Setiap amalan pantang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi termasuklah amalan berbengkung. Saya tergerak nak membincangkan isu ini kerana saya pun bakal "berbengkung" tidak lama lagi memandangkan kandungan saya sudah mencecah usia 35 minggu.

Rata-rata kawan saya mengatakan bahawa mereka tidak suka berbengkung kerana rimas, panas dan susah nak membuang air kecil . Jadinya, mereka tidak memilih untuk berbengkung ketika berpantang. 

Pada pendapat saya, berbengkung merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap rasanya, jika saya berpantang tetapi tidak berbengkung. Memanglah akan rasa sedikit panas dan rimas tetapi sebenarnya ia bertujuan untuk mengelakkan angin memasuki bahagian perut ketika berpantang.

Saya sendiri berasa tidak selesa jika tidak berbengkung kerana akan rasa perut menggeleber. Saya teringat pesanan ibu supaya sentiasa berbengkung dan jangan lupa untuk berbengkung dahulu sebelum makan supaya perut tidak buncit di kemudian hari.

Jom saya nak share 11 sebab kenapa kita mesti memakai bengkung ketika berpantang.

1) Mempercepatkan pengeluaran darah kotor

2) Mengempiskan perut serta memulihkan keadaan kulit perut seperti mengurangkan regangan, melicinkan dan menghilangkan tompok hitam pada kulit.

3) Membuang angin di dalam badan ketika berbengkung

4) Mengelakkan badan daripada masuk "angin"

5) Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang dan menyokong rahim supaya tidak "jatuh" daripada kedudukan asal.

6) Memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan bengkung dan ubat yang sempurna.

7) Mendapatkan bentuk tubuh yang ramping

8) Mengelakkan masalah perut buncit.

9) Mengembalikan kedudukan peranakan

10) Mengecutkan rahim selepas bersalin

11) Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin.


Selalunya bengkung akan dipakai pada waktu pagi sebaik sahaja selepas mandi herba dan berurut. Sebelum berbengkung, saya akan menyapu ramuan herba atau minyak pada perut. Saya akan memakai bengkung 24jam sehari supaya dapat mengembalikan badan kepada bentuk asal.

Selain memakai bengkung ketika berpantang supaya dapat kembali kurus seperti anak dara, saya juga mengamalkan dengan konsisten SET KURUS Shaklee. Alhamdulillah, semasa berpantangkan anak kedua, saya dapat kembali berat badan asal dan jeans pun muat kembali.

Bukan saya sahaja yang berjaya dapatkan bentuk badan yang asal selepas berpantang, tetapi Kak Salwa pun berjaya turunkan berat berkilo-kilo tau. Nak tahu apa rahsia beliau? Jom tengok video best di bawah..



InsyaALLAH untuk berpantang kali ketiga ini saya akan cuba tidak tinggalkan amalan berbengkung dan akan terus konsisten amalkan SET KURUS Shaklee. Penyelesaian untuk kurus dah ada di depan mata, kenapa harus saya sia-siakan.

Set Kurus ini dah berkesan kepada saya semasa berpantang anak kedua dahulu dan saya yakin ia memberikan kesan yang lebih baik untuk anak ketiga. Saya juga ingin membantu ibu-ibu berpantang yang ingin kurus kembali selepas bersalin. Janganlah abaikan pertolongan saya ini kerana tak mungkin akan ada lagi tawaran seumpama ini. Boleh hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi terhebat mengenai KURUS KEMBALI SELEPAS BERPANTANG.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com




You may also like

No comments: