PROJEK HOMESCHOOLING YANG PALING BEST

0 Comments
As salam..

Hari ini saya nak share beberapa projek Home Schooling yang saya selalu buat bersama anak-anak. Sebenarnya saya bukanlah arif sangat dalam bidang pendidikan kanak-kanak, tetapi saya banyak membuat pemerhatian dan pembacaan dalam pengalaman-pengalaman ibu yang selalu membuat aktiviti homeschooling.

Walaupun saya seorang guru, ini tidak bermakna saya mempunyai kemahiran yang banyak mengenai aktiviti kanak-kanak. Kadang-kadang tu memerah otak juga untuk memikirkan aktiviti untuk anak-anak setiap hari.

Saya dah mulakan projek homeschooling ni sejak awal tahun 2015. Pada peringkat permulaan saya hanya menggunakan CD untuk mengajar anak-anak memandangkan masing-masing berumur 3 dan 4 tahun. Saya banyak gunakan instrumen daripada GROLIER yang saya beli 4 tahun lepas. Untung juga saya beli GROLIER ni sebab dah ada disediakan bahan bacaan menarik dan alatan untuk hands on sekali.

Jom saya tunjukkan gambar-gambar beberapa aktiviti saya bersama anak-anak syurga ini..Irfan dan Auni..

Aktiviti tampal menampal sambil kenal warna
Menyambungkan titik-titik membentuk huruf 

Projek menghias muka depan fail kerja masing-masing

Aktiviti menggunakan bahan Grolier

Aktiviti menggunakan worksheets yang saya print sendiri

Aktiviti menggunakan water color

Ini aktiviti sendiri apabila ibu dah takde idea nak buat apa



You may also like

No comments: