6 CARA ALAMI KEKAL AWET MUDA SUPAYA SUAMI BERTAMBAH SAYANG

0 Comments

Kalau nak sentuh bab AWET MUDA ni, mestilah golongan wanita yang akan kedepan. Itu adalah perkara biasa dan memang saya tidak nafikan. Saya juga salah seorang yang nak kelihatan awet muda tambah-tambah apabila usia mencecah 30 tahun ini.

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila usia mencecah 25 tahun, tanda-tanda penuaan sudah mula kelihatan. Kita boleh perhatikan terdapat garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. Ia akan semakin jelas kelihatan selari dengan peningkatan usia.

Apakah perasaan kita jika ada yang menegur suami nampak muda dari kita padahal kalau nak ikut usia, usia kita lebih muda. Mesti kita akan rasa malu dan tercabar kan?

Oleh sebab itulah, dari awal lagi kita mesti menjaga kesihatan kulit supaya sentiasa AWET MUDA gitu. Jom saya kongsikan 6 cara alami untuk mengekalkan awet muda supaya suami bertambah sayang.

1) BERSIHKAN WAJAH DENGAN SEMPURNA

Ramai yang mengambil mudah soal pembersihan kulit. Mereka membersihkan kulit secara cincai hingga mendatangkan pelbagai masalah kulit. Kulit yang tidak bersih akan ditumbuhi jerawat dan parut jerawat tersebut akan membuatkan kulit kita tampak lebih tua. Saya sendiri sangat peka dengan kebersihan kulit dan saya memilih SET ENFUSELLE Shaklee untuk penjagaan luaran kulit.

2) RAWAT KULIT DARI AWAL

Agak terlewat sebenarnya jika kita mula merawat kulit ketika usia mencecah 30an kerana penjagaan kulit sepatutnya dari awal remaja lagi. Pastikan anda memilih produk yang bebas kimia untuk kulit anda kerana kebanyakan produk kulit yang dijual di pasaran sekarang banyak mengandungi bahan kima yang merbahaya dan boleh merosakkan kulit.

3) JAGA KECANTIKAN DALAMAN

Selalunya, inilah yang sering diabaikan. Kecantikan luaran bermula daripada dalaman sendiri. Amalan pengambilan jamu dan suplimen adalah langkah terbaik bagi memelihara kesihatan dalaman kulit. Seperti saya, saya memilih untuk mengambil Vitamin E, Vitamin C dan Collagen Powder. Ketiga-tiga suplimen ini daripada bahan alami dan saya tidak perlu risaukan kesan buruknya kepada kulit.

4) REHAT DAN TIDUR MENCUKUPI

Untuk kelihatan awet muda, kita mestilah memastikan rehat dan tidur kita mencukupi. Apabila rehat dan tidur mencukupi, pastinya kulit kita tidak kelihatan kusam dan sentiasa tampak ceria. Rehat dan tidur yang mencukupi juga membantu membaharui sel kulit supaya tampak muda dan berseri-seri.

5) MASKER TEGANGKAN KULIT

Bagi yang tidak suka ke spa, anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Agar kulit kelihatan tegang, cerah dan menawan, amalkan penggunaan masker sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau nak tahu, masker saya ni mudah sahaja kerana memerlukan sebiji Vitamin E dan saya hanya oleskan sahaja minyak Vitamin E ini ke muka dan biarkannya selama sejam. Memang sangat terasa kulit semakin tegang dan lembut selepas amalkan masker Vitamin E ini.

6) MANJAKAN DIRI DI SPA

Jika ada kelapangan, bolehlah mengunjungi spa untuk membuat rawatan kulit dan seluruh badan. Sekarang ini, dah banyak spa yang menawarkan pakej dengan harga bajet di spa. Jadi, tak perlu lah risau tentang harga asalkan kulit wajah kita terjaga.


Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda yang nak kelihatan awet muda secara alami. Jom kita sama-sama awet muda supaya suami bertambah-tambah sayang.




You may also like

No comments: