9 CARA MENDIDIK ANAK PALING MUDAH SUPAYA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

0 Comments
Mempunyai anak bijak dan berjaya dunia akhirat adalah impian setiap ibu dan bapa. Saya pun masih dalam fasa belajar bagaimana caranya untuk mendidik anak supaya menjadi soleh dan solehah.

Disini saya nak share melalui pembacaan saya mengenai cara mendidik anak supaya mereka cemerlang dunia dan akhirat.


1) Pastikan anak-anak makan sebelum masuknya waktu maghrib seperti yang Rasulullah sarankan supaya mudah untuk mereka belajar di waktu malam. Cuba kurangkan makan daging merah tetapi banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah akan membuatkan anak pemarah dan agresif dan mudah melawan cakap.

2) Banyakkan memeluk anak kerana anak yang sering dipeluk akan lebih tenang, rasa selamat dan disayangi serta tidak nakal.

3) Ingatkan anak supaya menghadap kiblat semasa belajar atau mengaji supaya ilmu lebih berkat.

4) Sebelum anak belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Surah Al-Insyirah sangat elok diamalkan kerana ia membantu menguatkan daya ingatan, mudah faham,jadi tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak ragam.

5) Cuba elakkan anak daripada memakai pakaian merah dan oren kerana menurut kajian, warna-warna ini akan menyebabkan anak menjadi lebih agresif dan hiperaktif.

6) Ajar anak supaya tidur mengiring ke kanan supaya otak menjadi lebih pintar dan cerdas,

7) Pastikan ibu dan bapa menerima rezeki yang halal supaya ia benar-benar berkat. Rezeki yang kurang berkat juga menjadi punca anak agresif, tidak dengar cakap ibu bapa dan lebih nakal.

8) Berikan anak makan suplimen tambahan supaya  minda mereka menjadi lebih kuat, emosi lebih stabil dan daya ingatan menjadi lebih kuat.

9) Ibu bapa perlu menjaga amalan rohani dengan ALLAH supaya anak-anak menjadi lebih cemerlang dunia dan akhirat.



Kesimpulannya, semua didikan ini adalah mengikut sunnah Rasulullah. Ibu bapa mestilah selalu berdoa agar mendapat anak yang soleh dan solehah seperti doa Nabi Zakaria yang disebut dalam Al-Quran surah Ali Imran:38 yang bermaksud :

" Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa "


Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu bapa sekalian dan diri saya sendiri untuk mendidik anak-anak berpandukan ajaran Islam.


You may also like

No comments: