REZEKI SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) DALAM MASA 5 BULAN

0 Comments

Sabtu lepas saya dikejutkan dengan message dari ibu saya. Ibu menghantar gambar surat yang saya tak pernah terfikir akan dapat ALLAHUAKBAR...

Berdebar-debar saya membaca isi surat ini sambil menitiskan air mata. Bukanlah kerana nilai reward yang saya dapat ini tetapi kerana konsep rezeki yang saya semakin percaya.

Sebenarnya saya mula melabur dalam SSP sejak 5 bulan lepas hasil daripada duit ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2015 yang saya perolehi. Pada mulanya saya tak rasa penting untuk melabur di SSP tetapi atas nasihat suami, saya turutkan juga.

Saya percaya bahawa rezeki itu di tangan ALLAH. Walaupun beribu-ribu orang yang melabur di SSP, jika ALLAH dah tetapkan rezeki saya di situ..insyaALLAH pasti akan dapat juga.

Saya bersykur dengan nikmat yang ALLAH perolehi ini dan tidak pernah kesal dengan apa yang saya ada. Banyak ilmu yang saya dapat daripada video ini..jom tengok



Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.








You may also like

No comments: