PENTING..!!PERBEZAAN UBAT DAN VITAMIN YANG RAMAI TIDAK TAHU

0 Comments
Assalamuailaikum kepada semua pembaca blog nadzaim.com. InsyaALLAH hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang salah faham yang ramai sangat selalu buat hari ini.

Ramai yang menganggap vitamin adalah ubat dan sebaliknya juga berlaku. Cik Nad selalu dapat PM dari customer yang memulakan ayat.

" Salam, Nad..saya nak beli ubat sakit lutut"

"Ubat kurus tu berapa harga?"


Sebenarnya ada banyak perbezaan yang SANGAT NYATA antara UBAT dan VITAMIN ni. Diharapkan anda terus membaca perkongsian saya ini sehingga habis.


PERBEZAAN YANG PERTAMA

Ubat digunakan untuk MENGUBATI PENYAKIT

Vitamin diperlukan untuk MENCEGAH PENYAKIT


Cik Nad pun selalu dapat feedback daripada rakan-rakan yang menolak untuk mengamalkan vitamin dengan alasan

" Saya tak sakit lagi, saya tak perlukan vitamin"

" Kenapa perlu makan vitamin? cukup lah hanya makan buah-buahan"

" Tak nak lah membezir duit beli vitamin, dah sakit nanti baru beli"

" Saya tak suka bergantung dengan vitamin, nanti jadi ketagih"

"Nantilah saya beli vitamin, mahal sangat lah...pengedar ambil untung banyak"


Ok..sekarang kalian semua harus faham bahawa vitamin diperlukan untuk mencegah penyakit dan jika anda telah diserang penyakit bukanlah vitamin yang mesti dicari tetapi ubat. Tahukah anda..? harga ubat yang harus dibelanja untuk mengubati penyakit adalah lebih mahal daripada sebotol vitamin..?

Cik Nad dulu pun keliru antara perbezaan ubat dan vitamin tetapi alhamdulillah sekarang sangat jelas. Oleh itu, semasa masih sihat inilah Cik Nad mengamalkan makan vitamin kerana Cik Nad tahu pemakanan harian Cik Nad tidak lengkap dengan segala nutrisi. Biarlah Cik Nad amalkan berbotol-botol vitamin daripada kelak perlu mengusung berbotol-botol ubat.


PERBEZAAN KEDUA

Ubat dibuat daripada DADAH atau BAHAN KIMIA

Vitamin dibuat daripada BAHAN SEMULAJADI dan ORGANIK


Saya tidak nafikan kita memang perlu makan ubat jika dah sakit contohnya apabila demam panas yang terlalu tinggi. Tetapi, dengan mengamalkan vitamin, insyaALLAH demam panas yang anda alami tidak berpanjangan kerana salah satu fungsi vitamin ialah membantu untuk menguatkan sistem imun badan.

Tetapi,anda perlu berhati-hati kerana sekarang dah terlalu banyak vitamin sintetik yang dijual berbanding vitamin organik dan semulajadi. Oleh itu, pastikan mendapat info yang tepat sebelum membeli vitamin.

Sekurang-kurangnya kita tidak perlu bergantung dengan pengambilan ubat terutamanya mereka yang mengalami masalah KENCING MANIS, DARAH TINGGI dan PENYAKIT JANTUNG. Pesakit-pesakit ini sangat memerlukan pengambilan ubat yang teratur dan konsisten. Pengambilan ubat-ubatan yang berterusan ini boleh membahayakan kesihatan buah pinggang.

 PERBEZAAN KETIGA

Ubat perlu diambil mengikut PRESKRIPSI DOKTOR dan ADA BANYAK PANTANG LARANG

Vitamin boleh diambil BILA-BILA MASA dan TIADA PANTANG LARANG

Inilah perbezaan yang paling Cik Nad suka antara ubat dan vitamin. Kadang-kadang kekangan masa membuatkan hampir terlupa nak makan vitamin dan bila teringat baru makan. Jika terlupa makan ubat..?? rasanya mesti penyakit kita akan menjadi bertambah teruk kan..?

Ubat perlu diambil mengikut preskripsi doktor sama ada sebelum makan atau selepas makan. Ini kerana ada sesetengah ubat yang boleh menyebabkan gastrik perlu diambil selepas makan. Ada juga sesetengah ubat yang boleh memerlukan penyerapan yang cepat dan perlu diambil sebelum makan supaya ia tidak menganggu proses penyerapannya ke dalam badan.

Yang paling Cik Nad selalu resah gelisah bila kena makan ubat ialah UBAT BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. Selalunya ubat batuk dan selsema boleh menyebabkan mengantuk dan ini sangat mengganggu tugas harian Cik Nad. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan selsema dan batuk, Cik Nad lebih suka mengamalkan vitamin yang boleh menguatkan imun badan Cik Nad.


Semoga perkongsian Cik Nad hari ini mengenai PERBEZAAN UBAT DAN VITAMIN dapat membantu para pembaca supaya tidak keliru lagi. Yang paling jelas ialah vitamin sangat diperlukan oleh badan kita . Sel kita memerlukan protein, mineral dan vitamin yang mencukupi supaya dapat berfungsi dengan baik. Sel kita tidak memerlukan ubat kerana ia hanya digunakan untuk mengubati penyakit dan simptom-simptom yang ada.

Jika anda memerlukan vitamin bagi membantu mencegah pelbagai jenis penyakit, boleh hubungi Cik Nad untuk mendapatkan konsultasi terbaik.


NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: