KELAS COACHING PALING BEST 2015

1 Comments



Alhamdulillah, pada 31 Ogos 2015 yang lepas..saya telah terpilih bagi menghadiri sebuah kelas tafsir Al-Quran anjuran daripada leader Shaklee saya. Ia bukanlah kelas agama tetapi ia lebih kepada kelas coaching yang berunsurkan islamik.

Kelas ini dianjurkan bertujuan bagi membantu leader-leader Shaklee di bawah group iReach supaya kami dapat mengaplikasikan cara kepimpinan Rasulullah S.A.W dalam bisnes Shaklee. Kelas ini langsung tidak sama dengan kelas-kelas coaching yang pernah saya hadiri.

Yang buat saya lebih tertarik dengan kelas ini ialah leader kami menggunakan tafsiran Al-Quran bagi menjelaskan lagi cara kepimpinan Rasululullah dan nabi-nabi yang lain. Terlalu banyak rupanya ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menjelaskan teknik coaching yang betul yang saya dapat aplikasikan dalam group Shaklee saya.

Jom kita tengok video tentang kelas coaching ini.



Baru tengok video dah rasa tertarik dan menarik kan? Saya rasa sangat bertuah kerana diizinkan untuk hadir. Kekangan JAUH dari kelas bukanlah alasan terbaik untuk saya tidak menghadiri kelas-kelas ilmu sebegini.

Bagi saya, untuk mendapatkan ilmu..kita perlu mencari GURU dan bukannya GURU yang harus menunggu kita. Walaupun saya menjalankan bisnes ONLINE dan banyak sesi coaching saya bersama anak buah Shaklee secara online, saya tidak mengabaikan sesi coaching secara OFFLINE kerana bagi saya ianya lebih berkesan.

Jom saya tunjukkan lagi beberapa gambar semasa saya menghadiri kelas coaching tafsir Al-Quran ini.


Masing-masing khusyuk membaca tafsir Al-Quran
Terdapat juga sesi soal jawab antara kami

Dikala ibu sibuk menuntut ilmu..kaum bapa sibuk mengasuh anak-anak..

Founder iReach sedang memberi penerangan tentang ilmu kepimpinan dalam Islam menurut Al-Quran

Sesi break out dimana kami membuat ulasan ringkas tentang apa yang dipelajari 


Master Lyna merangkap super upline yang sangat bersungguh-sungguh membantu kami mendalami ilmu coaching ini





Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih untuk berada di dalam kelas. InsyaALLAH saya akan berkongsi dengan rakan-rakan tentang ilmu yang saya pelajari. Untuk kelas kedua bakal diadakan pada 16 September 2015. Semoga saya diizinkan menghadiri kelas yang superb BEST ni.







You may also like

1 comment:

  1. terima kasih di atas perkongsian maklumat mengenai kelas coaching. Harap next saya dapat join kelas seperti ini.

    ReplyDelete