9 CARA MENGATASI SENGGUGUT SUPAYA TIDAK PERLU MAKAN PONSTAN

1 Comments
Segelintir wanita mengalami kesakitan ketika haid atau senggugut tetapi menganggapnya seperti simptom biasa. Ada yang memilih untuk hanya mengambil ponstan  bagi menghilangkan rasa sakit senggugut.

Setiap wanita pasti mengalami sakit senggugut tetapi yang membezakan ialah kadar kekerapan dan skala kesakitan. Ada yang terpaksa berguling-guling di atas katil akibat tak tahan sangat dengan sakit senggugut dan ada yang hanya rasa kebas-kebas di kaki.

Jom kita tengok video ini bagaimana Puan Maria mengatasi senggugutnya.



Antara simptom senggugut yang ramai wanita alami ialah :

1) Sakit mencengkam, kejang atau kedua-duanya pada bahagian pelvis
2) Sakit tersebut boleh melarat ke bahagian pinggang dan peha
3) Sakit senggugut boleh disertai dengan simptom sampingan seperti sakit kepala,loya, muntah, sembelit,cirit birit,pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara.

Nak tahu tak petua mengatasi senggugut? Saya akan kongsikan 4 petua bagi mengurangkan sakit senggugut dengan cepat.

PETUA 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum untuk sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

PETUA 2 : Ambil seulas bawang putih sebesar ibu jari dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam yang ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan campurkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari pada waktu malam.

PETUA 3 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantitinya sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam seminggu atau dua minggu sebelum haid.

PETUA 4 : Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.




Selain daripada 4 petua di atas, saya ada 6 cara lain bagi hilangkan senggugut dengan cepat, iaitu :


1) Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

2) Elakkan pengambilan garam secara berlebihan.Ia akan menyebabkan badan menyimpan banyak air yang boleh mengakibatkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. 

3) Gunakan pad pemanas yang boleh diletakkan di bahagian perut bagi melegakan rasa sakit. Selain itu, cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut tuala sebagai alat tuam.

4) Elakkan minum minuman berais dan sejuk. Minuman halia madu lebih bagus.

5) Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

6) Mengamalkan secara konsisten GLA COMPLEX SHAKLEE. Kalau nak tahu, Gla Complex ini mengandungi minyak bunga matahari yang sangat elok untuk membantu mengawal hormon wanita. Info lanjut mengenai GLA COMPLEX boleh baca disini " FUNGSI GLA COMPLEX"


Semoga semua cara yang saya kongsikan dia atas dapat membantu kalian yang mempunyai masalah senggugut yang serius. 

Jika anda rasa tidak mampu untuk menahan sakit senggugut setiap bulan dan memerlukan penyelesaian paling cepat dan paling selamat, boleh dapatkan GLA COMPLEX daripada saya dengan.

NAD 
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com


Anda juga boleh membuat membuat pesanan sendiri di sini






You may also like

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete