7 JENIS MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIMASAK DI DALAM MICROWAVE

0 Comments
Sekarang sedang heboh di media sosial mengenai KEK COKLAT MICROWAVE yang hanya perlu dibakar menggunakan microwave selama 2 minit sahaja. Ramai yang telah cuba membuat kek coklat ini memandangkan ia hanya memerlukan masa yang singkat untuk memasak. Tetapi, adakah cara ini betul..?Selalunya kek di bakar dengan menggunakan oven kan..?

Jom saya kongsikan 7 jenis makanan yang tidak boleh dimasak di dalam microwave.

1) BUAH-BUAHAN

Tidak semua buah-buahan yang tahan panas. Buah strawberry dan anggur akan meledak dan menimbulkan rasa hangit apabila terkena panas.

2) SAYUR-SAYURAN

Kebanyakan daripada kita suka memanaskan sayur-sayuran di dalam microwave. Sebenarnya, memanaskan sayuran dalam microwave boleh mematikan enzim dan menghilangkan nutrisi serta antioksidan sehingga 97% daripada sayuran itu.

3) TELUR MENTAH

Jangan sesekali memasukkan telur mentah dengan tujuan untuk merebus atau menggoreng ke dalam microwave. Haba yang panas dari microwave boleh membuatkan telur pecah dan meninggalkan bau yang hanyir. Sebaiknya rebuslah telur di atas api dapur.

4) CILI

Ini yang selalu ibu-ibu buat di dapur dengan alasan supaya cili cepat masak sebelum di blender. Sebenarnya cara ini adalah salah kerana cili akan melepaskan zat kimia CAPSAICIN (zat yang memberi rasa pedas). Keadaan ini akan membuat mata dan wajah menjadi panas dan pedih ketika membuka microwave.

5) SUSU IBU

Elakkan gunakan microwave untuk memanaskan EBM kerana suhu yang terlalu panas dari microwave akan membuatkan EBM menjadi rosak dan menyebabkan EBM mengandungi bakteria 18x dengan lebih banyak.

6) PANAS TANPA BAHAN

Jangan sesekali cuba memanaskan microwave dalam keadaan kosong kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Tiada makanan yang menyerap panas, komponen magnetron yang memberi tenaga panas daripada pada microwave akan menyerap semua haba panas dan merosakkan microwave itu sendiri,

7) KERTAS

Jika anda ingin memanaskan makanan dalam bungkusan, jangan lupa untuk membuka bungkusan tersebut. Kertas adalah material yang mudah terbakar dan akan merosakkan microwave tersebut.


Nampaknya antara 7 makanan di atas. kek coklat microwave tidak termasuk dalam list. Ini bermakna bolehlah kita buat kek coklat ini menggunakan microwave. Anak-anak pun mesti suka kan rasanya yang sedap dan teksturnya yang lebih lembut. Yang belum cuba kek coklat microwave ini, jom kita cuba.




You may also like

No comments: