HATI-HATI! 5 PUNCA SINDROM BAYI MATI MENGEJUT (SIDS)

0 Comments
Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi tilam atau katil adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, Disamping itu, tidur bersama ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan anak.

Memang benar tidur bersama bayi atau istilahnya "co-sleeping" membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan bayi. Saya sendiri memilih untuk tidur bersama si kecil berbanding meletakkannya di katil sendiri atau di bilik lain.


Saya teringat lagi, sewaktu anak-anak saya masih bayi, ibu saya selalu berpesan supaya berhati-hati ketika tidur supaya saya tertindih anak. Biasalah kita kan..bila dah penat sangat,kadang-kadang tidur pun tak sedar yang kita dah tindih anak.

Sebenarnya, amalan tidur bersama bayi atau 'co sleeping' ini jika tidak dilakukan dengan kaedah yang betul, boleh membahayakan nyawa bayi kerana ia akan meningkatkan sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Sindrom ini biasanya berlaku kepada bayi berusia setahun ke bawah dan kematiannya selalu berpunca ketika tidur.

SIDS ini dikaitkan dengan ketidaknormalan sebahagian otak bayi yang mengawal pernafasan dan bangkit tidur.  
 Antara faktor yang menyebabkan berlakunya SIDS ialah :

1) Bayi di lahirkan pra matang atau tidak cukup berat. Keadaan ini menyebabkan otak bayi tidak matang sepenuhnya dan menyebabkan kawalan pernafasan dan degupan jantung terganggu.

2) Bayi mengalami masalah selsema dan menyebabkan masalah sesak nafas.

3) Bayi diletakkan tidur bersama bantal dan anak patung yang boleh menyebabkan masalah pernafasan apabila barang-barang ini menindih bayi ketika tidur tanpa disedari,

4) Posisi tidur bayi secara terterap mungkin menyebabkan masalah pernafasan dan faktor tilam yang empuk dan lembut juga menyebabkan muka bayi terbenam ke dalam tilam.

5) Bayi yang tidur bersama adik beradik juga menyumbang kepada SIDS kerana bila-bila sahaja boleh terhimpit secara tidak sengaja.

Saya tahu ramai ibu memilih untuk tidur bersama bayi kerana mudah untuk susukan bayi di tengah malam. Jika tidur berasingan, ibu terpaksa bangun malam untuk susukan bayi dan akibatnya ibu akan mudah mengantuk dan penat di siang hari.


Semasa anak pertama, saya memilih untuk susukan anak secara duduk kerana risau jika tertindih anak ketika menyusu. Alhamdulillah ketika anak kedua, saya sudah tahu dan berpengalaman untuk menyusu ketika berbaring. Tetapi pada masa yang sama masih berhati-hati jika tertidur dan risiko terhempap bayi itu tinggi.

Amalan "co sleeping" memang sesuai untuk kita tetapi beberapa langkah keselamatan perlu diambil bagi mengelakkan masalah SIDS atau sindrom mati mengejut ini.

1) Elakkan meletakkan banyak bantal, anak patung dan selimut tebal supaya bayi tidak lemas.

2) Gunakan tilam yang rata dan keras kerana tilam lembut dan empuk menyebabkan muka bayi terbenam dan kesesakan naafs akan berlaku.

3) Jika ibu bapa berasa tidak yakin untuk tidur bersama anak, boleh letakkan bayi di katil berasingan.


InsyaALLAH..jika kita sentiasa berhati-hati, masalah SIDS ini dapat diatasi.





You may also like

No comments: