8 CARA MENGURUSKAN TALI PUSAT BAYI SUPAYA TIDAK BERNANAH

0 Comments
Selain mengutamakan pengurusan dan kesihatan diri ibu ketika berpantang, penjagaan bayi juga perlu menjadi keutamaan. Antara perkara penting bagi ibu ialah menguruskan baki tali pusat bayi.

Apa yang tertinggal pada pusat bayi merupakan sumber utama yang menghubungkan bayi dan ibu semasa dalam kandungan. Tali pusat menggerakkan fungsi utama dalam menyalurkan nutrien dan oksigen daripada ibu kepada bayi.

Semasa saya berpantangkan kedua-dua anak, saya menguruskan sendiri daripada segi perawatan tali pusat. Pada mulanya agak kekok dan takut tetapi lama-lama dah terbiasa. Selalunya tali pusat anak-anak saya akan kering dan tertanggal sendiri selepas seminggu.

Agak rumit dan sukar sebenarnya untuk merawat dengan baik tali pusat bayi sebelum ia jatuh. Ini kerana jika tidak mencuci tali pusat bayi dengan sebaiknya,ia berisiko untuk mengalami jangkitan seterusnya memberi kesan kepada bayi.

Antara tanda kepada bayi jika tali pusat mengalami jangkitan ialah anak demam panas dan menjadi lesu serta tidak sihat.

               
9 CARA MENGURUSKAN TALI PUSAT BAYI 
---------------------------------------------------------------


1) Perkara paling penting ialah memastikan kawasan baki tali pusat berkeadaan kering dan bersih. Kadangkala ibu boleh biarkan seketika dan beri pendedahan udara terhadap baki tali pusat bagi membenarkan kawasan tersebut kering.

2) Selalunya selepas keluar daripada wad bersalin, doktor akan berikan cecair beralkohol untuk membersihkan tali pusat bayi. Saya memang menggunakan cecair ini sahaja untuk membersihkan tali pusat bayi. 

3) Ibu perlu kerap menukar lampin bagi mengelakkan iritasi pada kawasan tersebut memandangkan tali pusat perlu berada dalam keadaan kering

4) Selalunya dalam tempoh 2 minggu, baki tali pusat akan jatuh dan tertanggal. Didapati akan terdapat kawasan berwarna merah jambu di sekitar pusat. Apabila kulit tersebut semakin baik dan menjadi warna sekata, ia sudah selamat untuk bayi.

5) Ibu tidak perlu risau jika menyedari terdapatnya sedikit kuping atau darah kering sekitar kawasan tali pusat.

6) Biarkan tali pusat jatuh dengan sendirinya dan jangan tarik.

7) Jangan risau untuk mandikan bayi seperti biasa walaupun baki tali pusat masih tidak jatuh. Tidak mengapa jika ia terkena air dan ia tidak akan melambatkan proses pemulihan.

8) Ibu tidak perlu menggunakan antiseptik untuk membersihkannya. Hanya cukup memastikan ia bersih dan kering sahaja. Namun, jika bayi anda dilahirkan pra matang,anda digalakkan untuk mencuci kawasan baki tali pusat dengan antiseptik kerana sepanjang tempoh rawatan atau penjagaan, bayi tidak akan dimandikan.




Selalunya saya akan rasa sangat lega jika tali pusat telah luruh kerana selagi belum luruh, risiko amat tinggi akan mendapat jangkitan. Jangkitan kuman akan menyebabkan kawasan tali pusat akan menjadi bengkak dan berair. Kesian kepada bayi kerana terpaksa menanggung kesakitan.

Oleh itu ibu-ibu, semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang kurang berpengalaman.

Nak tahu tips bagi dapatkan susu ibu yang melimpah ruah??? Jom tengok video di bawah.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


You may also like

No comments: