16 JENIS MAKANAN TAMBAH DARAH UNTUK IBU HAMIL

0 Comments
Masalah kurang darah atau HB rendah ketika hamil adalah dilema yang selalu dihadapi oleh ibu hamil. Tambah-tambah apabila terpaksa berulang pergi ke klinik untuk buat check up darah ditambah pula terpaksa kena marah dengan nurse sebab tak jaga kesihatan. Perkara ini memang buat saya terasa stress dan fobia nak buat check up.

HB rendah atau masalah anemia ini ialah keadaan dimana kepekatan hemoglobin di dalam sel darah merah kurang daripada 11gram%. Sebenarnya kepekatan hemoglobin yang normal bagi wanita dewasa adalah 11-15.5gram%.

Jom kita tengok pengalaman ibu ini yang mengalami masalah kurang darah ketika hamil.



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


APAKAH YANG MENYEBABKAN KURANG DARAH KETIKA HAMIL?


Sebab-sebab berlakunya masalah HB rendah ialah:

1) Kurang memakan makanan yang berzat dan mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B12.

2) Jarak kelahiran yang rapat iaitu kurang dari 2 tahun

3) Mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan cacing, thalasemia, leukemia,buasir, pendarahan dari faraj dan jangkitan malaria.

4) Pendarahan semasa mengandung tanpa mengira jangka masa mengandung



APAKAH BAHAYANYA MASALAH KURANG DARAH KETIKA HAMIL INI KEPADA IBU DAN BAYI?


1) Ia boleh menyebabkan masalah tumpah darah

2) Ibu bakal mempunyai masalah tekanan darah tinggi

3) Kematian janin dalam kandungan

4) Kelahiran bayi kurang berat


Ramai ibu yang mengalami masalah kurang darah semasa hamil adalah kerana tidak menjaga pemakanan dan mengabaikan makanan-makanan yang boleh membantu menambahkan darah ketika hamil. Disini saya kongsikan 16 jenis makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi.

SUMBER ZAT BESI DARI SAYUR-SAYURAN

1) Peria 6.1mg/100g

2) Pegaga 5.6mg/100g

3) Kangkung 5,2mg/100g

4) Bayam 5mg/100g

5) Pucuk paku 4.8mg/100g

6) Bawang besar 4mg/100g

7) Taugeh 3.3mg/100g

8) Ulam raja 4mg/100g

SUMBER ZAT BESI DARI HAIWAN

1) Hati ayam 10.2mg/100g

2) Hati lembu 9mg/100g

3) Paru 8.3mg/100g

4) Lala 6.7mg/100g

5) Kerang rebus 7mg/100g

6) Ikan bilis 5.2mg/100g

7) Sardin 2.7mg/100g

8) Cencaru 2.5mg/100g



Untuk mengatasi masalah kurang darah ketika hamil ini, pastikan setiap hari anda ambil satu jenis makanan dari sumber haiwan dan satu jenis makanan dari sumber sayur-sayuran yang kaya dengan zat besi.

Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi ke dalam darah, lebihkan makanan yang mengandungi Vitamin C seperti jambu batu, limau, betik dan mangga.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu hamil yang sedang berusaha menambahkan hemboglobin dalam darah.























You may also like

No comments: