TIPS SIHAT KETIKA MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

0 Comments

Alhamdulillah..dengan izin Allah S.W.T, pada tarikh 6/6/2015, saya dan suami berangkat untuk menunaikan umrah. Destinasi kami yang pertama ialah Madinah dan kemudiannya ke Kota Mekah. Kami berada di Madinah selama 3 hari dan di Mekah untuk 7 hari.


Alhamdulillah..sepanjang menunaikan ibadah umrah di Mekah, kesihatan saya dan suami tidak terjejas walaupun ketika itu ramai yang batuk,selsema dan demam. Al maklumlah, keadaan di sana yang sedang sibuk dengan pembangunan tambah-tambah pula di Masjidil Haram. Habuk-habuk besi memang berterbangan di merata-rata dan ditambah pula dengan cuaca sedikit panas.

Nak tahu apa tips saya? Jom saya kongsikan di bawah.

1) Pastikan setiap hari minum sekurang-kurangnya 8 gelas air. Memanglah ada yang rasa takut nak minum air banyak-banyak sebab nanti asyik rasa nak terbuang air je..tapi banyakkan berdoa semoga Allah bantu kita dalam tunaikan ibadah.

2) Pastikan memakai penutup muka dan hidung. Saya memang beli khas penapis di dalam hidung dan memakai niqab kerana ia dapat membantu mengelakkan daripada habuk-habuk besi masuk kedalam peparu.


3) Jangan skip makan kerana ramai yang rasa lemah dan tidak bermaya akibat tidak makan di sana dengan alasan makanan tidak menyelerakan. Apabila tidak makan, perut dah mula masuk angin dan ini memang menyukarkan untuk menunaikan ibadat.

4) Melakukan latihan fizikal dulu sebelum pergi haji dan umrah contohnya banyakkan berjalan kaki supaya semasa berada di sana, stamina kita lebih tinggi. Perjalanan pergi balik dari masjid dan proses melakukan haji dan umrah itu sendiri sangat memerlukan kekuatan kaki.

5) Mengamalkan suplimen dan vitamin setiap hari tanpa skip. Kalau nak tahu, ubat-ubatan di sana agak sedikit mahal mungkin kerana permintaan yang tinggi, oleh itu jagalah kesihatan dengan sebaiknya, Antara suplimen Shaklee yang saya bawa ialah VIVIX, Ostematrix, Cinch Tea Energy, Nutriferon, B Complex, Advanced Joint Health Tablet, Vitamin C, minyak ikan Omega Guard dan Vitalea.


Banyaknya suplimen saya bawa kan? Setiap suplimen yang saya bawa menjalankan fungsi yang tesendiri seperti di bawah.

a) Vivix : Antioksidan yang kuat dimana ia sangat membantu untuk menguatkan sistem imun badan                   dan membantu menambahkan tenaga.

b) Vitamin C : Membantu untuk menguatkan sistem imun badan

c) Vitalea : Ia ada multivitamin dan membantu saya melengkapkan nutrisi setiap hari jika ada
                   kekurangan zat makanan saya setiap hari. Ia juga membantu untuk menambahkan tenaga.

d) Nutriferon : Ia bertindak membantu menguatkan sistem imun badan.

e) Ostematrix : Membantu untuk menguatkan tulang dan mengelakkan kekejangan kaki.

f) Advance Joint Health : Membantu menguatkan sendi-sendi tulang.

g) Omega Guard : Membantu mengawal dan mengelakkan masalah pada peparu.

h) B Complex : Membantu untuk menambahkan tenaga harian.

g) Cinch Tea Energy : Membantu menambahkan tenaga dan tidak mudah penat

Saya suka campurkan nutriferon bersama Cinch Tea

Setiap malam sebelum tidur saya akam ambil 6 biji Ostematrix

Bekalan Antioksidan saya....



Akhir sekali, pastikan jangan lupa berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH supaya dikurniakan kesihatan yang optimum supaya mudah untuk melakukan ibadah dengan sempurna.

Alhamdulillah, dengan izin Allah...saya dan suami dapat menyelesaikan ibadah umrah dengan sihat, Semoga ibadah umrah kami diterima oleh ALLAH. InsyaALLAH kami akan kembali lagi ke sana.


You may also like

No comments: