7 CARA MENGATASI MORNING SICKNESS SUPAYA SENTIASA AKTIF

0 Comments
Menurut kajian, 70% wanita mengalami mual dan muntah ketika di awal kehamilan. Sebenarnya anda tidak perlu bimbang dengan morning sickness ini kerana ia disebabkan berlaku perubahan serta hasil rembesan hormon berlebihan dalam tubuh.

Alahan pada waktu pagi atau "morning sickness" adalah gejala hamil yang dirasai hampir semua wanita. Rasa mual, loya dan tidak selera makan kerap mengganggu kesihatan wanita hamil. Memang tidak ada penawar untuk gejala ini tetapi masih ada cara untuk mengurangkan deritanya.

Sebelum saya berkongsi dengan lebih lanjut mengenai cara mengatasi morning sickness ini, jom saya tunjukkan video pendek mengenai bagaimana Puan Ainul kekal cergas dan aktif ketika hamil.



Anda boleh lihat sendiri Puan Ainul, walaupun dah semakin sarat tetapi masih mampu panjat candi Borobodur itu.



8 CARA MENGATASI MORNING SICKNESS 

1) Ambil diet yang tinggi kandungan karbohidrat kompleks. Jangan biarkan perut kosong. Anda perlu makan sedikit tetapi agak kerap. Sekiranya terasa loya di waktu pagi, cubalah mengunyah makanan ringan seperti biskut atau keropok sebelum mengambil makanan berat.

2) Hindari minuman dan makanan berasid seperti jus oren sewaktu pagi. Sebelum tidur, ambil makanan kaya protein dan karbohidrat kompleks seperti keju, roti jagung dan mentega kacang untuk mengelakkan kandungan gula dalam darah menjunam. Ini akan mencetuskan senak perut pada keesokan harinya.

3) Hindari makanan yang berlemak dan berempah. Kurangkan juga minum minuman berkarbonat, teh dan kopi.

4) Seeloknya kunyah makanan perlahan-lahan makan dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.

5) Elakkan berpakaian ketat terutama pada bahagian perut dan tinggikan bantal ketika tidur.

6) Pastikan diet anda cukup dengan vitamin B6 antaranya seperti roti gandum,bayam, pisang, kekacang hijau, ikan, kentang dan sayuran berdaun hijau.

7) Ambil suplimen semasa hamil seperti zat besi. Saya memilih set hamil Shaklee seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan ESP.


KENAPA PERLU AMBIL SUPLIMEN KETIKA MORNING SICKNESS?

Ini kerana ibu hamil memerlukan keperluan nutrisi yang mencukupi supaya proses tumbesaran bayi berjalan dengan cukup sempurna. Semasa alahan teruk ketika mengandung, ibu-ibu hamil selalunya tidak berselera untuk makanan dan ini akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam badan.

Akibatnya, badan ibu mudah berasa letih dan tidak bermaya. Keadaan ini menyebabkan jumlah hemoglobin dalam darah akan menjadi rendah dan meninggalkan kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.


Jika anda muntah banyak kali dan tidak boleh makan dan minum, hendaklah segera berjumpa dengan doktor kerana dibimbangi akan ternyahhidrat.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu hamil mengurangkan masalah morning sickness. Sebelum itu, jom kita tengok video lagi bagaimana ibu hamil ini kekal cergas ketika berpuasa.



Jika anda memerlukan konsultasi mengenai produk Shaklee bagi mengurangkan morning sickness, boleh hubungi saya. Konsultasi saya adalah percuma seumur hidup.


NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com




You may also like

No comments: