6 TIPS ATASI GASTRIK KETIKA BERPUASA

0 Comments
Gastrik diistilahkan sebagai satu penyakit keradangan pada dinding perut dan kesannya akan menyebabkan kesakitan di hulu hati. Selain itu, pesakit gastrik akan mudah mendapat senak perut, perut berangin, loya dan seterusnya hilang selera makan.

Ramai menjadikan gastrik sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Sepetutnya masalah gastrik akan kurang terjadi ketika berpuasa kerana semakin kurang asid hidroklorik untuk pencernaan di rembeskan. Maka, gastrik bukanlah alasan yang sangat sesuai untuk ponteng puasa.

Sebenarnya sakit perut semasa berpuasa adalah disebabkan tabiat pemakanan kita ketika berbuka puasa. Disini saya kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan semasa berpuasa untuk mengurangkan masalah gastrik yang kritikal.

1) Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan iaitu segelas air, sebiji buah kurma atau sepotong kuih dahulu. Selepas itu berehat sebentar dengan tunaikan solat maghrib.

2) Elakkan mengambil makanan berempah dan pedas ketika berbuka.

3) Elakkan minum air sekaligus dengan kadar yang banyak kerana ia bakal mengakibatkan kembung perut. Minum sedikit-sedikit tetapi ambil pada kadar yang sepatutnya diperlukan oleh badan.

4) Bersahur dengan oat, roti atau biskut kerana ketika waktu ini perut belum bersedia untuk menerima makanan. Oleh itu, kepada penderita sakit perut ketika berpuasa, anda tidak disarankan untuk mengambil makanan yang berat.

5) Banyakkan berdiri dan berjalan ketika berpuasa supaya angin dalam perut dapat keluar dan ini dapat mengurangkan masalah perut berangin ketika berpuasa.

6) Amalkan suplimen Peppermint-Ginger Plus untuk membantu membuang angin dalam badan.

Gastrik sebenarnya bukanlah disebabkan tidak mengambil makanan tetapi ia berpunca akibat diri sendiri yang tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. InsyaALLAH jika anda amalkan tips yang saya berikan di atas, masalah sakit perut anda yang disangka gastrik semasa berpuasa itu bakal selesai.

Jom kita tengok video paling best ini bagaimana Puan Haridah dapat berpuasa penuh sedangkan sedang sarat hamil.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.



You may also like

No comments: