4 TIPS MENYUSU DI BULAN RAMADHAN

0 Comments
Menyusukan anak ketika berpuasa memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Ini kerana, ibu perlu memastikan keperluan diet ibu seperti biasa dan ibu juga perlu mempunyai tenaga yang mencukupi.

Saya sendiri mempunyai pengalaman 2 tahun menyusukan anak ketika berpuasa. Ditambah pula saya adalah ibu bekerja, memang agak menyukarkan tetapi saya tetap berusaha untuk menyusukan anak sepenuhnya ketika berpuasa di bulan Ramadhan.

Jom saya kongsikan video tentang tips Puan Salwa dapat menyusukan selama 7 tahun berturut-turut
.
Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

Selain daripada tips yang dikongsikan di dalam video di atas, saya nak kongsikan 5 lagi tips menyusu di bulan Ramadhan.

1) SOKONGAN SUAMI

Suami merupakan sumber sokongan yang paling penting. Beritahu dengan lebih awal kepada suami bahawa anda ingin menyusukan anak sepenuhnya ketika berpuasa. Dengan cara ini, saya yakin suami anda sentiasa akan sentiasa memberikan kata-kata semangat sekiranya anda dah mula rasa letih.

2) PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN AWAL

Jika anda bekerja, pastikan stok susu EBM anda mencukupi lebih daripada biasa semasa bulan Ramadhan sebagai langkah persediaan.

3) MAKANAN IBU MENYUSU

Elakkan daripada makan makanan yang boleh mengurangkan susu ibu ketika berbuka puasa. Contohnya seperti makanan pedas, buahan-buahan sitrus dan minuman berkafein.

4) PERCAYA DAN YAKIN PADA DIRI

Yakinlah dengan keupayaan diri anda. Yakin bahawa anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya ketika bulan Ramadhan tanpa gagal. Lebih tinggi anda tahap keyakinan anda maka lebih tinggilah kejayaan anda untuk menyusukan anak.


Semestinya ibu perlu memasang niat dengan lebih awal untuk menyusukan anak agar perancangan rapi dapat dibuat. InsyaALLAH jika niat kita baik, Allah pasti bantu.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu untuk terus berusaha menyusukan anak ketika masih berpuasa.

Jika anda memerlukan konsultasi mengenai tips penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya supaya saya boleh bantu anda menjayakan penyusuan eksklusif.


NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com








You may also like

No comments: