TIPS TAMBAH SELERA MAKAN ANAK SUPAYA TAK KURUS KERING

0 Comments
Saya perasan juga kemana sahaja saya pergi, mesti ada yang cakap

" Sihat nya anak-anak awak, mak ayahnya tak camtu pun"

Saya dan suami hanya mampu tersenyum dan respon saya hanyalah

" Alhamdulillah kak, anak-anak saya memang "sihat" dari sejak lahir lagi. Mereka suka makan"

Sebenarnya saya seronok apabila ada yang menegur begitu. Sekurang-kurangnya mereka mendoakan anak-anak saya sihat. Saya pernah buat check up bersama doktor mengenai anak-anak dan alhamdulillah mereka bebas daripada masalah obesiti.

Kalau nak diikutkan, anak-anak saya memang "nak makan" walaupun ada memilih makanan juga.

Yang saya paling saya bersyukur ialah anak-anak suka makan ikan. Kandungan protein dalam ikan agak tinggi, so memang sesuailah untuk perkembangan anak-anak.

Saya sekarang dalam percubaan untuk memujuk mereka supaya makan sayur.  Biasalah anak-anak, selera makan sentiasa berubah-ubah.

Saya paling tak suka apabila anak sembelit. Antara faktor yang menyebabkan sembelit ialah anak kurang makan makanan berkhasiat. Jom tengok video di bawah bagaimana Puan Hana atasi masalah sembelit anaknya.



Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Disini saya nak kongsikan beberapa tips yang saya amalkan untuk menambah selera makan anak-anak:

1) Setiap kali menyuap mereka makan, saya akan makan sekali makanan tersebut. Kesannya, mereka pasti berebut-rebut makanan dengan saya.

2) Selera anak-anak saya ni sentiasa berubah-ubah. Jadi, saya kena kenalpasti apa yang menjadi kesukaan mereka pada satu-satu masa. Kadang-kadang mereka suka makan mi,kadang-kadang suka roti canai, dan macam-macam lagi. Oleh itu, saya sentiasa mencuba makanan-makanan yang menjadi kesukaan mereka.

3) Saya juga suka pelbagaikan tempat makan anak-anak supaya mereka tak cepat busan. Saya akan bawa mereka makan di taman permainan atau di luar rumah. Nampak agak rumit sebab terpaksa berbungkus-bungkus tetapi yang saya pasti, mereka pasti akan lebih berselera untuk makan.

4) Saya berikan juga anak-anak vitamin tambah selera makan seperti Meal Shakes Shaklee. Meal Shakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk. Cara yang paling mudah untuk saya berikan kepada mereka ialah dengan mencampurkan kedalam susu. Saya memang memilih multivitamin ini memandangkan saya pun tidak tahu adakah anak-anak saya cukup nutrisi, Jadi dengan memilih Meal Shakes sebagai alternatif tambahan, sekurang-kurangnya dapat menampung juga kekurangan nutrisi yang ada.

Oleh itu ibu-ibu, janganlah diabaikan pemberian makanan untuk anak-anak. Mulakan dengan memberi makanan kegemaran mereka asalkan tidak memberikan kesan buruk seperi makanan ringan dan manis. Jangan susah hati apabila anak tidak mahu makan dan banyakkan berdoa kepada ALLAH kerana hijab doa ibu untuk anak sentiasa terbuka.

Jika ada yang berminat ingin berikan Meal Shakes kepada anak-anak, boleh hubungi saya kerana saya akan sedaya upaya membantu ibu-ibu yang memerlukan konsultasi mengenai pemakanan anak-anak.

NAD
Call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com







You may also like

No comments: