HILANGKAN NAFAS BERBAU BUSUK SUPAYA TAK MALU BILA BERCAKAP

1 Comments

Anda mungkin tergolong sebagai wanita yang cantik,bijak dan pandai bergaya tetapi apabila anda bersuara, segala-galanya musnah.


Masalah nafas berbau bukan sahaja akan mencacatkan penampilan anda tetapi ia akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri, Lama-kelamaan kawan-kawan akan melarikan diri daripada bercakap dengan anda.

PUNCA NAFAS BERBAU BUSUK

1) Bakteria
Antara punca utama nafas berbau busuk ialah BAKTERIA. Menurut pakar pergigian, bakteria mulut akan hidup dan membiak dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan yang melekat di celah gusi dan gigi. Bagi memudahkan penghadaman, bakteria ini akan melarutkan sisa protein dengan gas yang volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan.

2) Mulut kering

Air liur sangat penting bagi mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun pengeluaran air liur akan berkurang ketika anda tidur dan ini menyebabkan apabila anda bangun setiap pagi, mulut berbau busuk.

3) Diet

Hati-hati untuk mereka yang sedang berdiet kerana ketika anda berdiet, anda akan mengurangkan kuantiti mengunyah makanan. Apabila kekerapan ini berkurang, maka berkuranglah pengeluaran air liur dan ini menyebabkan nafas berbau busuk

4) Pengeluaran hormon

Biasanya wanita akan mengalami perubahan hormon sebelum beberapa hari menjelang haid dan ini akan menyebabkan darah mempunyai protein yang berlebihan yang boleh mengaktifkan bakteria dan menyebabkan nafas berbau busuk

5) Jenis makanan

Makanan yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi akan menyebabkan nafas berbau busuk seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang merah. Gas sulfur dalam makanan akan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke peparu sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU BUSUK?

Terdapat 3 cara paling senang untuk menghilangkan nafas berbau busuk iaitu ;

1) Pastikan menggosok gigi minimum 2x sehari supaya dapat menghalang pembiakan bakteria.

2) Mengunyah buah-buahan rangup sepeti epal atau minum banyak air supaya dapat membuang sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.

3) Kumur dengan cecair khas yang mengandungi "klorin dioksida"  kerana ia berkesan membunuh atau mengawal pembiakan bakteria.

Jika masalah nafas berbau busuk ini masih tidak dapat di atasi, apa kata anda cuba amalkan suplimen Shaklee iaitu Peppermint Ginger Plus dan Alfalfa Complex.

BAGAIMANAKAH IA MEMBANTU??

1) Peppermint Ginger Plus


    Kandungannya yang mengandungi halia dapat membantu merangsang perembesan air liur dan daun pudina dapat memberikan nafas yang berbau segar

2) Alfalfa Complex


Ia membantu membuang toksin daripada badan kerana toksin ini yang menjadi punca nafas berbau busuk

Jom tengok testimoni mereka yang telah berjaya menghilangkan nafas berbau busuk



Anda boleh mencubanya sebagai salah satu langkah alternatif selain mengamalkan 3 cara di atas. Andainya kesemua cara ini tidak memberikan kesan kepada anda, segeralah berjumpa dengan doktor.

Jika anda berminat untuk mencuba Alfalfa Complex dan Peppermint Ginger Plus, boleh hubungi saya supaya saya dapat bantu anda dapatkan nafas berbau segar dan harum.


NAD
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com









You may also like

1 comment:


  1. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan gusi. 

    ReplyDelete