CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR SUPAYA TAK CEPAT BOTAK

0 Comments
Setiap insan terutamanya wanita sentiasa inginkan kesihatan yang baik serta dipandang cantik dan muda setiap waktu. Berbagai petua diamalkan untuk mendapat wajah dan bentuk badan yang cantik.

Namun begitu, kesihatan rambut juga perlu diambil kira. Rambut boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu batang dan akar rambut. Batang rambut ialah bahagian rambut yang berada diluar kulit dan bahagian ini juga adalah bahagian yang mati. Akar rambut pula merupakan bahagian rambut yang terdapat di dalam kulit.

Antara masalah utama rambut yang selalu kita hadapi ialah “MASALAH RAMBUT GUGUR”. Keadaan akan jadi lebih serius sekiranya anak rambut turut gugur. 


Masalah rambut gugur teruk ini selalunya dihadapi oleh golongan wanita yang memakai tudung. Ini kerana cuaca di Malaysia yang panas menyebabkan kulit kepala cepat berpeluh. Pastikan rambut dicuci dengan kerap menggunakan syampo yang sesuai bagi membuang minyak, debu dan kotoran.

PETUA ATASI RAMBUT GUGUR KRONIK

  1. Ramas daun rambutan muda di dalam besen berisi air sehingga keluar lendirnya. Kemudian lendir disapu ke rambut.
  2. Jangan menggosok-gosokkan rambut secara kasar dengan tuala kerana ia merosakkan rambut. Sebaliknya tekap rambut dengan tuala
  3. Jangan mewarnakan rambut untuk elakkan kerosakan rambut
  4. Elakkan daripada diet melampau kerana kekurangan nutrien akan menyebabkan rambut gugur teruk
TIPS WANITA BERTUDUNG UNTUK ATASI RAMBUT GUGUR

Jom tengok dulu video bagaimana akak ini atasi keguguran rambutnya..


.
  1. Pastikan rambut kering sepenuhnya sebelum mengenakan tudung. Rambut separuh lembap menimbulkan masalah lain.
  2. Ikat rambut dengan kemas tetapi tidak terlalu ketat sebelum mengenakan tudung.
  3. Pakai tudung daripada fabrik yang mudah menyerap peluh dan melancarkan peredaran darah keluar dan masuk
  4. Pilih tudung daripada warna putih, lembut atau pastel supaya dapat memantul haba dan cahaya matahari. Serapan haba boleh merosakkan rambut.



Selain daripada mengamalkan petua dan tips di atas, anda boleh juga menggunakan syampo untuk rambut gugur iaitu SYAMPOO PROSANTE keluaran SHAKLEE. Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan system penjagaan rambut PROSANTE secara semulajadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu bersikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangkan kerosakan untuk semua jenis rambut.


Selain itu, boleh ditambah juga dengan meminum segelas ESP setiap hari dan sebiji Zinc Complex. Kedua-duanya sangat terbukti untuk membantu mengurangkan keguguran rambut.

Masalah keguguran rambut perlu diambil perhatian yang serius kerana ia sedikit sebanyak akan mencacatkan imej luaran. Selamat mencuba segala tips dan petua yang saya kongsikan. Jika anda juga ingin mencuba Syampo PROSANTE, Zinc Compex dan ESP Shaklee, boleh hubungi saya segera sementara stok masih ada.

NAD
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com



You may also like

No comments: