Cara mengatasi kulit muka berkedut dengan cepat

0 Comments
Proses penuaan pasti berlaku pada sesiapa sahaja sama ada cepat atau lambat. Kita mempunyai pilihan untuk kekal muda atau sebaliknya.

Seperti saya yang sudah menjangkau umur 30an ini, semestinya masalah kulit berkedut semakin menghampiri. Ops,tapi saya tak cepat melatah sebab saya tahu ada banyak cara untuk mengatasi kulit berkedut ini.


Kulit menjadi semakin berkedut kerana penghasilan kolagen semakin berkurang.Sebelum saya berkongsi mengenai cara untuk mengatasi kulit berkedut, jom kita tengok dulu apakah itu KOLAGEN?

Kolagen adalah komponen utama lapisan kulit kita dan terdiri daripada protein. Kolagen inilah yang membuatkan kulit kita nampak tegang gitu.

Penghasilan kolagen akan menurun seiring dengan pertambahan usia. Cuba bandingkan kulit kita dengan kulit baby? yang mana lebih anjal dan pejal? Jawapannya mestilah kulit baby kan.




Apabila semakin bertambah usia, bukan penghasilan kolagen sahaja akan berkurang, malah kulit pun akan menjadi kering. Kulit yang kering akan menjadi tegang dan lama-kelamaan akan mulai hilang sifat elastiknya. Dalam erti kata lain, kedutan muka semakin menghampiri.



FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PENUAAN

"Photo Aging"

Ia adalah proses dimana berkurangnya kolagen serta serat elastin kulit akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Pendedahan sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan kulit akibat munculnya enzim proteolisis dari radikal bebas yang terbentuk. Enzim ini akan bertindak memecahkan kolagen dan jaringan penghubung di bawah kulit.

Kesannya kulit kelihatan kering,kasar, liang buli roma yang besar, kedutan yang menonjol, kehilangan kekenyalan dan ton warna yang tidak sekata.


"Radikal Bebas"

Radikal bebas boleh didapati daripada badan kita sendiri hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku dan juga daripada sekeliling. Radikal bebas daripada persekitaran ialah daripada pencemaran udara seperti asap rokok. 

Radikal bebas ini akan merosakkan gentian kolagen dan elastin di dalam kulit. Apabila ini berlaku ,ia bukan sahaja merosakkan struktur dan mutu kulit tetapi menimbulkan tompok usia, kedutan, garis halus, kulit kering dan berjeragat.

2 faktor inilah yang kerap mengganggu kulit hingga menyebabkan muka berkedut dengan cepat. Antara cara yang boleh diambil untuk mengatasi kulit muka berkedut dengan cepat ialah :

1) Menggunakan krim penabir suria dengan kandungan ekstra SPF. Tentunya saya memilih produk Enfuselle Shaklee kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang berumur 30 tahun bagi mencegah kedutan di wajah.

2) Minum minima 8-10 gelas sehari kerana kulit yang lembab boleh menghalang daripada munculnya kedut-kedut halus.

3) Mengamalkan pemakanan yang sihat

4) Mengamalkan vitamin untuk kulit  dari Shaklee iaitu Vitamin E, Vitamin C, Collagen Powder dan ESP.




Sebenarnya penjagaan dalaman adalah lebih penting daripada luaran. Anda boleh baca sendiri di atas bagaimana kedua-dua faktor tersebut menyebabkan kulit berkedut iaitu akibat tindakan enzim dan radikal bebas. Oleh itu, pastikan kulit dalaman anda mempunyai kawalan yang cukup hebat. 

Kalau masih tidak yakin dengan keberkesanannya, boleh teruskan membaca testimoni di bawah.











Jadi, kenapa harus bertangguh lagi untuk dapatkan kulit muka yang bebas kedutan? Jom kita amalkan semua cara mengatasi kulit muka berkedut dengan cepat ini. Jika inginkan konsultasi mengenai vitamin untuk kulit ini, boleh hubungi saya dengan segera.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com




You may also like

No comments: