MAKANAN PEMBAKAR LEMAK YANG BOLEH BUAT TURUN BERAT 10KG

0 Comments

Ketika kita berdiet, keinginan untuk makan memang meluap-luap. Selalu sangat tergoda dengan makanan yang sedap dan lazat dan ini kadang-kadang membuatkan kita "kalah" untuk berdiet. Opssssss.....

Menurut Tara Gidus, Ahli Gizi untuk pasukan Orlando Magic, ada beberapa makanan yang dapat membantu pembakaran lemak dan kalori dengan lebih banyak. Ia disebut termogenik.

Oleh sebab itu, daripada kita makan makanan yang sedap dan lazat tetapi tidak memberi kesan yang baik, apa kata kita tukar kepada makanan yang lazat tetapi kesannya SUPERB!. Antara makanan yang akan membantu pembakaran lemak kita ialah :

1) OATMEAL
Dengan pengambilan setiap hari, ia dapat menjaga sistem penghadaman dan mengurangkan rasa kembung perut.

2) TELUR
KIta boleh mengambil telur sebagai snek untuk membantu menurunkan berat badan. Satu biji telur mengandungi 70 kalori dan berfungsi sebagai protein pembakar lemak.

3) BUAH SEGAR
Jika terasa lapar, kunyahlah buah-buahan segar kerana "indek glisemiknya" rendah. Indeks glisemiknya rendah bermaksud tenaga akan dilepaskan perlahan-lahan mengikut keperluan. Ini menyebabkan anda berasa kenyang lebih lama.

4) YOGURT
Ia kaya dengan protein dan menjadi makanan pengganti ais krim ketika anda berdiet. Selain itu, yogurt membantu mengurangkan masalah kembung dan mengawal bakteria baik.

5) SAYURAN HIJAU
Salad dan sayuran hijau tidak mempunyai banyak kalori dan ini mampu membuatkan anda merasa kenyang.

6) CILI MERAH
Selain menambahkan rasa pedas, cili merah juga dapat meningkatkan kemampuan membakar lemak.

7) MINYAK IKAN
Ramai berpendapat bahawa minyak ikan mampu menurunkan aras kolesterol dalam badan . Tetapi ia juga sangat elok untuk membantu pembakaran lemak dan membaiki tisu otot ketika bersenam.

Oleh itu, jom kita banyakkan mengambil makanan pembakar lemak ini. InsyaALLAH dengan bantuan SET KURUS SHAKLEE juga anda dapat menurunkan berat badan dengan konsisten.
 

 


You may also like

No comments: