Resepi CHICKEN ROLL WITH ITALIAN SPICES BREAD CRUMBS

0 Comments

Ter “rajin” pula nak buat pagi-pagi ni sebab memikirkan sarapan apa nak buat untuk anak-anak. Meh saya nak share resepi :


Bahan-bahan :
  1. Sebuku roti (tak kisah jenis apa pun)
  2. Isi ayam - dikisar
  3. 2 biji Bawang merah - dikisar
  4. 1 bij telur
  5. Lobak merah (dipotong seperti dalam gambar)
  6. Garam
  7. Bancuhan tepung gandum (dalam 3 sudu)
  8. Bread crumbs – serbuk roti (saya beli jenis Italian spices, yang original pun ada) 
Inilah serbuk roti yang saya guna


Cara-caranya :
  1. Bahan-bahan kisar ditumis dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan lobak merah dan tunggu sehingga lembut.
  3. Setelah agak kering dan masak, masukkan telur. Kacau sehingga hancur.
  4. Setelah masak. angkat dan letakkan di dalam mangkuk.
  5. Ambil sekeping roti dan lenyek-lenyekkan sedikit supaya nipis dan letakkan hasil tumisan tadi di dalamnya.
  6. Tak perlu nak letak banyak, agak-agak je supaya tak terkeluar.
  7. Gulung roti tersebut dan letakkan sedikit tepung gandung di hujungnya supaya melekat dan tidak terbuka ketika digoreng.
  8. Sebelum digoreng, celupkan sedikit ke dalam tepung gandum yang dibancuh cair dan di salut serbuk roti
  9. Akhir sekali, boleh lah goreng sehingga warna bertukar ke kuningan

Saya suka makan ni semasa sedang panas. Memang rangup sangattttt…sodapppp…
Jom cuba sekarang…..






You may also like

No comments: