PANTANG LARANG SELEPAS BERSALIN SUPAYA TAK SERIK NAK HAMIL LAGI

0 Comments

Berapa harikah tempoh berpantang anda? Sebenarnya tempoh berpantang ini tidak spesifik. Ada yang berpantang selama 40 hari, 44 hari,46 hari atau 60 hari. Apa yang penting, semasa berpantang tu janganlah melanggar pantang larang dan ikutlah segala amalan kesihatan yang diajar.

Saya pernah mengikuti rancangan TV mengenai cara berpantang salah seorang selebriti kita ialah Rozita Che Wan. Beliau sangat menekankan amalan berpantang ini supaya badan pulih sepenuhnya dan kembali cantik dan bertenaga seperti biasa.


Antara pantang larang selepas bersalin menurut Islam yang masih saya ingat ialah:

1) Ibu berpantang digalakkan makan makanan yang boleh memanaskan badan seperti halia, lada hitam, jamu dan air akar kayu. Daun pegaga elok dimakan agar awet muda dan sebagai perawatan dalaman supaya rahim tidak terlalu tegang atau kendir.

2)Ibu mesti menjaga makanan semasa pantang. Elakkan makan makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kubis,kangkung, timun, bayam,tembikai, jambu batu dan air kacang soya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, minuman berkarbonat, cuka. nanas, ikan jenis gatal,daging dan makanan berlemak.

3) Pastikan makan ikut waktu supaya perut tidak dimasuki angin. Makan nasi juga tidak boleh bertambah dan lagi elok nasi dikepal sebelum makan. Sepejal mana nasi dikepal, sepejal itu jugalah badan ibu.

4) Selain makan, gerak geri juga perlu dijaga untuk mengelakkan ibu jari tersepak sesuatu kerana dikhuatiri bentan. Antara tanda-tanda bentan ialah rasa sejuk mencucuk atau kadang-kadang seperti hendak pitam dan terasa lemah. Jika anda tanda-tanda bentan, cepat-cepat cium jintan hitam yang dibungkus menjadi punjut ataupun terus bertungku supaya badan menjadi panas.

5) Kawal perasaan supaya jangan bersedih atau berasa tertekan kerana keadaan ini boleh menyebabkan terkena angin atau pening. Rambut boleh diikat tegang .

6) Ibu berpantang perlu duduk bertimpuh dan rapatkan peha supaya tulang punggung tidak kembang.

7) Dalam masa berpantang, mengikut ada Melayu lebih elok ibu mengamalkan urut kerana ia bagus untuk memulihkan otot-otot.

8) Untuk mengelakkan sembelit semasa berpantang, ibu digalakkan untuk minum lebih banyak air. Pengambilan air yang banyak juga sangat membantu untuk sesi penyusuan.


Banyak lagi sebenarnya pantang larang selepas bersalin yang kita semua tak tahu tetapi cukuplah sekadar yang paling asas ini sahaja. Setiap keluarga mempunyai amalan berpantang sendiri, oleh itu anda perlulah mengikut pantang larang tersebut. Bagi wanita yang berpantang, selain anda mengamalkan jamu, saya sangat syorkan anda mengambil SET BERPANTANG SHAKLEE. Alhamdulillah saya sendiri telah merasai kesannya.

Sebelum saya akhiri perkongsian saya, saya tinggalkan anda dengan video ini yang berkisar tentang pengalaman Puan Khadeejah yang mengalami masalah sembelit teruk semasa berpantang.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


You may also like

No comments: