Petua Mencuci Muka Supaya Lebih Berseri-Seri

0 Comments
Saya sangat menitik beratkan untuk mencuci muka setiap hari. Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan jerawat mudah naik dan kulit kusam ialah tidak mencuci muka. Saya pernah cuba untuk tidak mencuci muka sehari semalam..memang akibatnya..esoknya naik seketul jerawat. 


Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan pencuci muka Nutriwhite Shaklee. Memang best sangat guna pencuci muka ni. Buihnya banyak tetapi langsung tidak menyebabkan kulit saya terasa kering. Yang lagi best, memang sangat jimat kerana saya dah guna lebih 9 bulan tetapi masih belum habis.

Nak mencuci muka pun ada petua ye. Jangan pakai redah je asalkan mencuci muka. Mesti amalkan tips yang saya kongsikan supaya hasilnya muka anda lebih berseri-seri.

1) Cuci muka setiap kali bangun tidur dan sebelum masuk tidur untuk membuang semua kotoran, daki, alat-alat mekap dan benda asing pada lapisan luar kulit.

2) Sebelum mencuci muka, tanggalkan mekap dengan mengoles "make up remover" atau minyak bayi supaya tiada lagi kesan solekan.

3) Oles pencuci muka pada zon T wajah iaitu kawasan dahi, hidung dan dagu yang menghasilkan minyak lebih banyak. Gosok perlahan-lahan selama lima hingga 10minit. Buat gerakan melingkar ataupun bulatan ke arah luar wajah.

4) Jika anda mengenakan solekan yang tebal, pastikan anda mencuci muka dua kali supaya semua solekan dapat ditanggalkan,'

5) Cuci muka dengan air kelapa dapat merawat kulit muka yang berminyak dan berjerawat.

6) Untuk kulit berminyak, anda boleh gunakan air basuhan beras yang pertama.

7) Letakkan bungkusan ketulan ais di muka atau percikkan ais di muka untuk membantu mengecutkan jerawat. Elakkan meletakkan terus ketulan ais di muka bagi mengelakkan kapilari darah cedera.

8) Jangan tidur dengan alat solekan di muka kerana ia akan menutup liang roma yang akan menyebabkan jerawat.

9) Elakkan daripada menyapu atau menyentuh muka dengan tangan kerana debu dan kotoran mungkin berpindah ke wajah daripada tangan.

Semoga anda semua dapat ikut tips yang saya kongsikan di atas. Tips yang paling mudah untuk dapatkan kulit wajah yang lebih berseri-seri. InsyaAllah....

Jika anda memerlukan konsultasi mengenai masalah kecantikan kulit, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi terhebat seumur hidup.

Nad
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: