Buah-Buahan Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

0 Comments
Antara buah-buahan yang anak-anak saya suka ialah pisang. Mungkin disebabkan teksturnya yang lembut dan agak manis. Hampir setiap minggu saya akan pastikan stok pisang ada di rumah. Tak beli banyak pun, cukuplah untuk mereka berdua nak kudap-kudap.

Untuk ibu-ibu di luar sana yang berhasrat untuk berikan anak-anak makan buah, pastikan buah-buah yang dipilih sudah masak dengan baik. Berikut saya kongsikan khasiat beberapa jenis buah-buahan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak anda.


Pisang

Kaya dengan vitamin B, serat dan karbohidrat.Di dalamnya juga terkandung zat besi yang tinggi. Satu kajian yang dijalankan ke atas 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak.

Avokado

Ia kaya dengan Vitamin A,B Complex, C,K, dan E.Fosforus, Magnesium,asid folik dan serat. Pilih buah avokado yang sudah lembut dan masak serta ambil bahagian berwarna putih sahaja.

Keledek

Ia adalah sumber karbohidrat yang sangat baik. Selalu saya akan rebus dan lenyek-lenye untuk diberikan kepada anak-anak. Cara lain, anda boleh kukus atau bakarnya. Untuk permulaan dulu, saya selalunya campurkan dengan susu anak-anak.

Kurma

Ia juga antara buah feveret anak-anak. Seawal anak-anak berusia 6 bulan saya sudah berikan kurma dengan mencampurkannya puree kurma ke dalam bubur nasi

Betik

Kaya dengan khasiat vitamin C,E, A dan K.Betik juga mengandungikalsium, fosforus, karbohidrat dan serat. Jika anda mahukan anak anda terhindar dari demam dan selsema, jadikan betik sebagai pilihan sekeluarga.

Labu

Wah..ini adalah all time favourite anak-anak saya walaupun mereka sudah berumur 2-4 tahun.Rasanya yang manis membuatkan labu menjadi salah satu buah kegemaran mereka. Saya selalunya akan jadikan labu sebagai sayur untuk anak. Kadang-kadang saya akan buat labu bakar dan disalut dengan madu. Labu juga sangat membantu meningkatkan imuniti anak-anak kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral.

Mangga

Anda boleh pilih mangga yang telah masak ranum untuk diberikan kepada anak-anak.Kandungan vitamin A,C,A,E, dan K juga membantu untuk menguatkan imuniti anak-anak.


Saya memang suka berikan buah-buahan kepada anak-anak saya kerana ia membantu memudahkan proses pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit. Selain berikan buah, saya juga berikan
Meal Shakes Shaklee sebagai inisiatif lain untuk memastikan anak-anak saya mendapat nutrisi yang cukup.

Semoga apa yang saya kongsikan dapat membantu ibu-ibu bagi memberikan buah yang terbaik untuk anak-anak. Jika anda memerlukan sebarang konsultasi mengenai pemakanan anak-anak..jangan segan untuk bertanya dengan saya.


Nad
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com




You may also like

No comments: