Bersalin di Rumah?Relevan Lagi ke Sekarang?

0 Comments

Saya selalu lihat rakan-rakan Fb saya update yang mereka berjaya bersalin di rumah. Kadang-kadang rasa pelik juga..mereka tak takut ada risiko ke? Tetapi..selepas saya bersoal-jawab..akhirnya saya temui jawapannya..

Sebenarnya kepada mereka yang teringin untuk bersalin dirumah, kita perlu jelas dengan apa yang diinginkan dan bukannya sekadar ingin merasa berbangga dengan konsep "home birth" atau "natural birth" ini. Kita perlu berbincang dengan doktor dan pihak hospital terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada apa-apa intervensi yang tidak dingini.

Terdapat banyak sebab kenapa ada ibu yang memilih untuk bersalin di rumah iaitu:

Hendak  melahirkan bayi dalam persekitaran yang selesa disamping keluarga sendiri

Untuk mengelakkan prosedur induksi pecah ketuban, menggunting perineum dan pembedahan oleh pihak hospital


Kalau dulu kita lihat..ramai ibu yang selesa dan mudah di rumah.Tetapi..banyak risiko yang terpaksa di ambil iaitu :

Tumpah darah selepas bersalin

Bayi yang tersangkut keluar

Sawan darah tinggi

Bayi pula mempunyai risiko lemas atau kekurangan oksigen.


Tetapi..saya tahu, ibu-ibu yang memilih untuk bersalin di rumah mempunyai semangat yang sangat kuat dan lebih berfikiran terbuka.Semestinya mereka sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.
Jika anda juga ingin bersalin di rumah, teruskan niat anda tetapi pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya.








You may also like

No comments: