Tips Membekukan Perahan Susu Ibu | Set Menyusu Shaklee

0 Comments
Saya adalah pengguna tegar Set Menyusu Shaklee dan kesannya alhamdulillah saya masih dapat menyusukan anak saya walaupun anak saya sudah berumur hampir 2 tahun.

Antara tips bagaimana saya boleh menyusukan anak saya dengan sepenuhnya ialah dengan menyimpan susu perahan. Anda masih tak tahu bagaimana nak membekukan susu ibu perahan? Meh saya kongsikan serba sedikit.



1) Pastikan susu ibu hanya berada pada suhu bilik selama 3 hingga 4 jam sahaja

2) Susu ibu yang beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Semua bekas penyimpanan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

3) Sewaktu meletakkan susu ibu di dalam bekas, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan.

4) Semua bekas penyimpanan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam.

5) Labelkan nama anak pada bekas penyimpan terutamanya jika anda membekalkannya kepada pengasuh.

6) Elakkan menambah susu ibu yang telah suam kepada susu ibu yang telah beku. Lebih baik sejukkan dulu susu ibu yang telah dipam sebelum dicampur dengan stok yang sedia ada

7) Pastikan susu tidak dipanaskan lebih daripda suhu 40 darjah celsius kerana ia boleh mengurangkan aktiviti enzim susu.


Diharapkan dengan sedikit perkongsian saya ini dapat membantu anda untuk menyusukan anak dengan sepenuhnya susu ibu. Jika anda berminat untuk dapatkan Set Menyusu Shaklee bagi membantu penyusuan anak anda, hubungi saya sekarang.

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: