CARA KAWAL NAFSU MAKAN TANPA HENTI

0 Comments
Adakah anda  mempunyai masalah begini??

Berdiet dengan mengamalkan kuantiti makanan yang sedikit tetapi apabila berhenti kaedah tersebut, selera makan anda bertambah secara mendadak dan berat anda tidak dapat dikawal.

Jika YA, maka DIET anda itu SALAH..!!!

Sebenarnya, tidak salah mengamalkan kaedah diet dengan mengawal pengambilan jumlah kalori setiap hari, tetapi jumlah kalori yang diambil jangan terlalu rendah. Jika terlalu rendah, ini akan membuatkan metabolisme badan bertindakbalas dan diperlahankan. Akibatnya badan akan malas untuk membakar kalori. Jika tidak lagi berdiet, jumlah kalori berlebihan akan menjadi lebih sukar untuk dibakar.

Kaedah diet kita juga dipengaruhi oleh hormon leptin. Ia adalah hormon yang dirembeskan oleh sel lemak yang memberikan signal "aku sudah kenyang" kepada badan dan merangsang pembaran lemak. Disini saya sertakan tips untuk memastikan hormon kenyang ini dimanfaatkan sebaiknya :

1) jangan makan apa pun selepas makan malam dan pastikan anda jarakkan selama 12jam dengan sarapan pagi. Contoh: jika anda makan malam pada pukul 6 petang, anda perlu bersarapan selepas 6 pagi.

2) Jarakkan tempoh 3 jam selepas makan hingga anda tidur.

3) Makan protein untuk sarapan. Ia akan tahan lebih lama dalam perut dan akan membuatkan anda lebih kenyang

4) Di siang hari, pastikan jarak 5 jam di antara waktu makan yang lain. Di antara tempoh itu, anda digalakkan minum air kosong.

5) Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti kuih muih, nasi, roti dan lain-lain.

6) Gunakan pinggan yang lebih kecil supaya muadh untuk anda kurangkan jumlah makanan yang dikunyah. Kunyah perlahan-lahan.

7) Atasi stress dengan sebaiknya dan lakukan senaman secara berkala.

8) Tidur secukupnya iaitu antara 7 - 8 jam sehari

Adakah anda boleh ikut semua tips untuk kurus ini? semuanya datang dari kita sendiri. Jika anda makan 10 jenis ubat kurus sekalipun, tetapi mengabaikan tips yang saya kongsikan ini, memang agak susah untuk kurus.

Jika inginkan sebarang konsultasi, boleh hubungi saya...

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: