AWAS!!!PEROKOK TAK SAYANG ANAK..

0 Comments
Jika anda seorang perokok, sekaranglah masanya untuk berhenti merokok serta merta. Kunyah gula-gula getah untuk melawan gian atau masuk ke pusat pemulihan jika perlu!!

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa asap rokok amat berbahaya kepada bayi di dalam kandungan.Jadilah seorang bapa yang prihatin dan bertanggungjawab dengan memastikan udara di dalam rumah tidak tercemar dengan segala jenis bahan kimia dan karsinogen.

Antara risiko kesihatan kepada bayi ialah proses pembinaan organ-organ menjadi tidak sempurna, tumbesaran terbantut, masalah pernafasan dan yang paling teruk sekali ialah berkurangnya pembinaan sel-sel otak. Sanggupkah anda membiarkan ia berlaku disebabkan oleh kesalahan anda sendiri????

Dalam sebuah risalah kajian yang diterbitkan oleh The Oxford Journal pada 2007, sekumpulan pengkaji telah merumuskan bahawa terdapat hubungan negatif antara tabiat merokok dengan perkembangan kognitif otak bayi. Antara bahagian yang terjejas pada otak bayi akibat asap rokok ialah kebolehan berbicara, mengira dan mengingati fakta.Bayi-bayi yang tidak terdedah dengan asap rokok menunjukkan perkembangan yang jauh lebih baik.

Kesimpulannya, pakar-pakar kesihatan seluruh dunia telah sebulat suara bersetuju menyatakan bahawa asap rokok membawa kesan buruk kepada bayi dan anak kecil. Saya tidak risau jika perokok memilih untuk membahayakan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak berhak dan tidak berlaku adil kepada masa depan anak-anak mereka.

Anda boleh rujuk SINI jika ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai kesan merokok kepada anak dalam kandungan.
Sama-samalah kita berubah menjadi yang lebih baik...walahualam...


NAD
019-2639545
rpop2102@gmail.com


You may also like

No comments: