SAKIT JIWA SEBAB GEMUK SELEPAS BERSALIN

0 Comments

Kala seronok menerima kehadiran orang baru dalam keluarga, ibu baru juga mungkin disapa masalah bagaimana hendak menurunkan berat badan selepas bersalin. Usah terpengaruh dengan cara selebriti menurunkan berat badan kerana ia mungkin dilakukan denan cara yang tidak baik untuk tubuh. Anda perlu bersabar untuk menurunkan berat anda.

Ikut tips ini untuk menurunkan berat badan:

1) JANGAN DIET
Diet menyekat anda mengambil makanan kegemaran anda dan keadaan ini serta stress menjadi ibu boleh menyebabkan anda menambah lagi berat badan. Sebaliknya amalkan pemakanan seimbang. Sekiranya anda menyusu badan, pengambilan kalori anda tidak boleh kurang daripada 1800 kalori sehari

2) KAYA NUTRISI
Ibu baru perlukan nutrisi maksimum, terutama jika dia menyusu.Pilih makanan yang kaya nutrisi tetapi rendah kalori dan lemak seperti ikan, susu, dadih, daging tanpa lemak dan kekacang.Anda digalakkan mengambil multivitamin bagi menampung kekurangan nutrisi dalam badan anda.

3) MENYUSU BADAN
Ada orang yang boleh menurunkan  berat badan dengan menyusu dan ada yang tidak. Yang pasti,susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi dan anda boleh menambah 300 kalori sehari kepada sajian anda jika anda menyusu

4) BANYAKKAN MINUM AIR
Kalau berpantang, satu perkara yang ditekankan kepada ibu baru ialah supaya mengurangkan minum air(kononnya boleh buat anda KEMBANG) .Ini salah! Elakkan mengalami dehidrasi dengan mengambil banyak air. Selain membuatkan anda berasa cepat kenyang, air juga boleh mempercepatkan metabolisme.

5) BERSENAM
Bakar kalori yang diambil dengan senaman., selain untuk menguatkan otot dan tulang. Ia juga membantu anda mengatasi masalah kemurungan.

6) TIDUR
Anda mungkin sukar tidur 8jam tanpa gangguan tapi cubalah dapatkan tidur sebanyak yang mungkin semasa bayi tidur.Kajian menunjukkan ibu baru yang tidur 7jam sehari lebih berjaya menurunkan berat badan berbanding mereka yang kurang tidur.

Cukuplah setakat ini tips yang saya nak kongsikan. Selain daripada tips ini, saya mengesyorkan anda mengambil SET KURUS SHAKLEE untuk membantu anda menurunkan berat badan. Jangan risau, set ini tidak akan menggangu sesi penyusuan anda malah ia membantu lagi kelancaran pengeluaran air susu.

klik sini untuk tahu lebih lanjut mengenai set kurus ini.

Semoga dengan sedikit perkongsian daripada saya dapat membantu ibu-ibu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan,Berat badan yang bertambah semasa mengandung perlu disingkirkan kerana jika tidak penambahan itu akan terus bersama anda buat masa yang lama.
Sekian daripada saya. Wasalam.



You may also like

No comments: