KENAPA KANAK-KANAK SEMBELIT?

0 Comments
Ramai ibu-bapa yang susah hati apabila anak mereka kerap mengalami masalah sembelit. Lantaran itu, mereka akan mengambil jalan mudah dengan memberikan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor. Sepatutnya, mereka perlu meneliti dahulu faktor-faktor yang menyebabkan masalah sembelit kepada anak mereka itu berlaku kemudian berusaha untuk menanganinya berdasarkan puncanya.

Disini saya berikan beberapa faktor penyebab kanak-kanak mudah mengalami masalah sembelit:

1) Sesetengah kanak-kanak memang dilahirkan dengan saluran usus yang sempit namun ia kes terpencil. Akibatnya kanak-kanak itu mengalami masalah ketika buang air besar. Penyelesaiannya hanya dengan pembedahan

2) Teknik bancuhan susu formula juga perlu mengikut sukatan seperti disyorkan . Ada juga kanak-kanak yang gemar minum air kosong tetapi masih sembelit. Jika sembelit kanak-kanak disebabkan susu formula yang baru,cuba untuk tukar susu lain.

3) Ramai kanak-kanak tidak gemar makan sayur-sayuran dan ini menjadi penyebab sembelit. Jalan terbaik ialah dengan memperkenalkan banyak makanan berasaskan serat seperti sayuran berdaun hijau seperti brokoli, bayam hijau, lobak merah dan lain-lain.

4) Selain daripada pemakanan, kanak-kanak yang tertekan juga mengalami masalah sembelit. Mungkin suasana di nurseri ataupun disekolah membuatkan anak-anak menjadi stress.

Inilah antara 4 penyebab yang menjadi punca utama sembelit di kalangan anak-anak.Jangan cuba untuk selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan TIDAK BOLEH digunakan tanpa nasihat doktor.




You may also like

No comments: