SINDROM PCOS MENGGANGGU KESUBURAN WANITA UNTUK HAMIL

0 Comments
APAKAH ITU PCOS?

Ia ialah sindrom ovari polisistik yang memberi kesan terhadap sistem endokrin . Ini bermakna kitaran normal hormon telah diganggu sekaligus menyebabkan kitaran ovulasi wanita turut terganggu. PCOS merupakan salah satu penyakit berkaitan hormon yang biasa berlaku dikalangan wanita yang subur.

Ia lebih dikenali sebagai SINDROM berbanding PENYAKIT kerana ia muncul dalam corak yang boleh dijangkakan. Berikut merupakan ciri-ciri mereka yang mengalami PCOS :

1) Ramai wanita yang menghidap masalah PCOS mempunyai ahli keluarga yang menunjukkan gejala-gejala berkaitan seperti haid yang tidak teratur,pertumbuhan bulu di tubuh secara berlebihan atau diabetes.

2) Hiperinsulinemia dimana wanita tersebut mempunyai masalah hormon insulin yang berlebihan dalam darah dan kebarangkalian agak tinggi untuk mendapat diabetes tahap 2

3) Tahap hormon lutein(LH) dirembeskan secara berlebihan dalam badan. LH yang banyak menggangu fungsi normal ovari. Hasil gabungan perembesan LH dan insulin yang berlebihan akan menggangu fungsi ovari dimana ovari akan menghasilkan hormon lelaki yang berlebihan atau androgen. Ini secara tidak langsung akan  memberi kesan terhadap pengeluaran telur daripada ovari

4) Kelenjar ovari dan adrenal menghasilkan lebih banyak hormon daripada biasa dan menggangu tahap hormon dalam badan

APAKAH RISIKO JIKA IA TIDAK DIRAWAT?

Jika tidak dirawat, PCOS boleh menyebabkan wanita berisiko untuk mengalami:


  • Ketidaksuburan sehingga menyukarkan untuk hamil
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolestrol tinggi
  • Kegemukan
  • Apnea dimana pernafasan terhenti dan mula semula beberapa kali semasa tidur
APAKAH KESAN JANGKA PANJANG PCOS?

  • Pertumbuhan cyst kecil dalam ovari
  • Kanser rahim akibat perubahan hormon

APAKAH RAWATAN YANG SESUAI?

Rawatan bagi mereka yang mengalami PCOS ini biasanya diberikan ubat subur bagi membantu untuk hamil. Disamping itu diberikan juga rawatan "penentang insulin" bagi mengawal kadar insulin dalam badan.

Selain itu, dicadangkan mengambil suplimen bagi membantu mengawal hormon iaitu GLA COMPLEX. Ia akan membantu mengawal hormon estrogen dalam badan disamping menyekat pertumbuhan cyst. Disamping itu ia juga membantu mengawal paras insulin dalam badan dan ini secara tidak langsung dapat mencegah diabetes.

Jika anda mempunyai masalah PCOS dan telah mencuba kaedah perubatan, digalakkan anda juga mengambil GLA COMPLEX bagi membantu masalah kesuburan anda. Hubungi saya jika anda berminat untuk mendapatkan GLA COMPLEX dengan harga promosi.

NAD
SID 914093
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com




You may also like

No comments: