TIPS KEKAL MUDA TANPA SUPLIMEN TAMBAHAN

0 Comments

Bila sebut sahaja berkenaan kesihatan, wanita akan berada pada senarai teratas. Memang wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan lagi tetapi bukan sahaja kecantikan wajah yang perlu dibelai, kesihatan kulit dan pemakanan juga berhak berada dalam senarai teratas.



Ramai wanita yang mengadu kulit kering dan merekah. Keadaan seperti ini biasanya terjadi ketika peralihan cuaca panas ke musim hujan., dimana cuaca tidak menentu.Tahukah anda? Kulit kering menjadi faktor utama penyebab kulit cepat berkedut dan nampak kusam. Antara faktor yang menyebabkan kulit anda cepat kering ialah terlalu kerap mandi dan menggosok sabun mandi terus kepada kulit. Kulit kering biasanya disebabkan oleh kurangnya kelembapan pada kulit.

Berikut beberapa langkah menghindari kulit kering:
1) Jangan mandi terlalu lama
2) Jika kulit terlalu kering, hanya basuh muka sekali sahaja dengan pencuci muka
3) Basuh buih sabun yang ada pada muka sehingga bersih
4) Elakkan terlalu banyak berada di bawah cahaya matahari
5) Gunakan pelembab yangs sesuai kerana jika tersilap pilih pelembab, akan menyumbatkan pori-pori dan membuat kulit nampak kusam.

Selain anda mengikuti langkah di atas, anda boleh mengamalkan pemakanan di bawah supaya kulit anda kelihatan lebih muda:

1) Minyak zaitun: mengandungi polifenol iaitu sejenis antioksidan berkesan yang membantu menghindari penyakit berkaitan usia

2) Yogurt :Mengandungi bakteria baik yang membantu mengekalkan kesihatan dan masalah usus

3) Ikan: sumber asid lemak omega 3

4) Coklat : mengandungi flavonoid  yang membantu mengekalkan kesihatan salur darah

5) Kekacang : kaya dengan asid lemak tak tepu dan antioksidan

Jika anda mengamalkan segala yang saya kongsikan di sini, insyaAllah segala masalah kulit anda dapat diatasi. Bukan setakat mengambil suplimen, malah penjagaan dari diri anda juga perlu. Jika anda memerlukan sebarang konsultasi mengenai masalah kecantikan dan kesihatan kulit, boleh hubungi saya untuk info lanjut.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPP 019-2639545
prop2102@gmail.com




You may also like

No comments: