FAKTA KENAPA SUSU SEDIKIT SELEPAS BERSALIN

0 Comments

Minggu-minggu pertama adalah tempoh masa yang sukar terutamanya hari ke-2. Selepas tempoh itu, penyusuan akan menjadi lebih mudah. Bayi biasanya akan kehilangan berat badan sewaktu minggu pertama selepas lahir. Kehilangan berat badan sehingga 7% adalah normal.

Anda mungkin berfikiran tidak cukup susu, sedangkan tubuh menghasilkan susu dalam amaun yang cukup sempurna iaitu:

1) pada hari pertama, anda menghasilkan 4 sudu teh susu
2) Pada hari kedua, and menghasilkan 13 sudu teh susu
3) sekitar hari ketiga, anda menghasilkan lebih banyak susu selepas ia bertukar menjadi susu matang

Tubuh anda dicipta untuk menghasilkan amaun susu yang paling sempurna. Pada awal kelahirannya, perut bayi hanya sebesar buku limanya(penumbuk). Jadi, ia tidak boleh menampung banyak cecair untuk satu tempoh masa.

Kajian menunjukkan perut bayi hanya boleh menampung :

1)7 cc/penyusuan (0-24jam)
2)14 cc/penyusuan (24-48jam)
3) 34 cc/penyusuan (48-72 jam)

Jika bayi terlebih menyusu, lebihan susu akan keluar melalui mulut dan hidungnya. Oleh itu ibu-ibu sekalian, janganlah berfikiran bahawa anda tak cukup susu sehingga mengambil inisiatif memberi susu formula kepada anak anda.

Jika anda memerlukan konsultasi mengenai penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya..

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com



You may also like

No comments: