BAHAYA MSG KEPADA KANAK-KANAK

0 Comments

Adakah anda selalu menambahkan MSG kedalam makanan anak anda?
Dengan alasan, anak akan lebih berselera makan. Jika Ya, sila hentikan perbuatan anda ini. Walaupun tiada kajian yang boleh membuktikan makanan yang kaya dengan MSG memberi kesan drastik kepada kanak-kanak, namun pakar pemakanan daripada seluruh dunia bersetuju bahawa bahan pengawet dan MSG boleh mempengaruhi perkembangan minda atau fizikal mereka,

MSG atau monosodium glutamat adalah komposisi daripada asid amino, glutamat beserta dengan satu molekul sodium. Glutamat di dalam MSG memberi kesan pada perkembangan otak anak-anak. Ia adalah "perisa tambahan" yang dimasukkan ke dalam sesuatu makanan atau masakan dan dikenali juga sebagai "perisa asli".

Menurut Lis Elliot, PH.D, didalam bukunya yang berjudul Whats Going On in There: How The Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life menerangkan bahawa:

GLUTAMAT JIKA DIAMBIL DALAM KUANTITI YANG BANYAK DAN KERAP BOLEH MEMBUNUH SEL-SEL OTAK

Kajian yang telah dilakukan ke atas tikus menunjukkan bahawa tikus yang diberi makan glutamat dengan banyak akan menyebabkan neuron di dalam otak mereka mati. Selain itu, tikus-tikus ini juga menunjukkan gangguan hormon yang menyebabkan masalah seperti obesiti, ketidaksuburan dan lambat perkembangan fizikalnya.

Jumlah glutamat yang memasuki badan kita cuma sedikit jika dibandingkan glutamat yang meresap ke dalam badan anak-anak yang masih kecil. Kepada ibu-ibu yang kerap menambahkan MSG kedalam makanan anak-anak, diharapkan selepas ini tiada lagi perisa tambahan ini. Semoga kita semua menjadi ibu-bapa yang hebat buat mereka.






You may also like

No comments: