BADAN LANGSING TAPI BERSELULIT

0 Comments

Faktanya, hampir semua wanita "MEMILIKINYA". atau dalam anggaran yang tepat 90% darinya. Ia sering menyerang bahagian utama tubuh seperti paha,bawah lengan dan juga punggung. Warnanya keputihan jelas kelihatan di permukaan kulit.

BAGAIMANA UNTUK MENGENALI SELULIT?
Cuba tekan jari-jari anda pada kulit paha atau pinggul. Jika terasa dan terlihat rata, maka itu adalah lemak biasa. Namun jika anda merasakan gelombang kasar dan terlihat seperti gentian halus putih seperti tepi kulit oren yang dikupas, maka itulah selulit.

APAKAH BERAT BADAN BERLEBIHAN YANG MENYEBABKAN SELULIT?
Secara dasarnya memang berat badan yang menyebabkan selulit, namun kini tubuh langsing seperti Victoria Beckham juga berisiko mendapat tempias selulit. Ini kerana, lemak yang menyebabkan selulit bukanlah komponen lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan.

Menurut satu kajian terkini yang dilaporkan dalam Jurnal Perubatan "American Society of Plastic Surgeon", jika wanita yang mempunyai berat badan berlebihan mengurangkan beratnya maka ia akan membantu mengurangkan kesan selulit itu berbanding mereka yang kurus tetapi mempunyai selulit.

APAKAH FAKTOR SEBENAR WUJUDNYA SELULIT

1) HORMON ESTROGEN
Hormon estrogen pada wanita akan merangsang berlakunya selulit terutama selepas individu itu melalui proses akil baliqh. Hormon ini menggalakkan kewujudan selulit pada bahagian tubuh yang secara genetiknya banyak menyimpan lemak seperti di peha,punggung dan sekitar perut. 

2) GAYA HIDUP
Mereka yang sering makan makanan ringan,perokok dan minum minuman keras mengakibatkan kulit mengalami proses penuaan lebih cepat seterusnya mengurangkan keanjalannya. Ia berlaku apabila hilang elastik melalui perpecahan serat kolagen dalam kulit.

3) ALIRAN DARAH TERGANGGU
Selulit mudah terkumpul jika aliran darah terganggu. Ini akan mengakibatkan darah sukar disalurkan ke bahagian tersebut dan mengakibatkan pembentukan selulit berlaku.


ADAKAH PENAWAR BAGI SELULIT?
Sebenarnya tiada rawatan atau krim yang mampu menjamin selulit dihilangkan 100% tanpa kombinasi gaya hidup sihat iaitu DIET SEIMBANG dan SENAMAN. Oleh itu, sentiasalah amalkan gaya hidup yang sihat.

JIka anda memerlukan konsultasi mengenai kecantikan dan kesihatan anda, boleh hubungi saya

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com










You may also like

No comments: