"TOPI GRADUASI"UNTUK IBU YANG MENYUSU ANAK

0 Comments

Saya sangat salute ibu-ibu yang menyusukan anak sehingga 2 tahun, Ada yang menyusukan 2 orang anak sekaligus ataupun dipanggil tandem nursing. Tambahan pula sekarang ini ada pelbagai peralatan untuk membantu penyusuan susu ibu.


Seperti saya, Irfan stop untuk menyusu badan ketika berumur setahun dan apabila saya melahirkan Auni, saya bertekad untuk menyusukan Auni sehingga 2 tahun.Alhamdulillah..hampir setahun perjalanan penyusuan susu ibu untuk auni.

Bagi ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun, mereka wajar diberi "topi graduasi" kerana berjaya menyempurnakan tempoh penyusuan yang ditetapkan. Saya pernah melihat seorang ibu yang sedang hamil tetapi masih menyusukan anaknya dan keadaan ini sangat mengujakan saya. Ramai yang berpendapat, menyusu ketika hamil akan menjejaskan bayi dalam kandungan, tetapi sekiranya si ibu mengambil inisiatif seperti memastikan pengambilan makanan yang berzat dan berkhasiat, segala masalah ini dapat diatasi.

Tetapi, janganlah kita meng"kondem" ibu-ibu yang tidak menyusukan anak mereka. Mungkin mereka ada sebab yang tertentu sehingga menyebabkan mereka berbuat sedemikian Tidak menyusukan anak bukanlah simbolik bahawa tiada pengorbanan dari seorang ibu dan tiada kasih sayang dari seorang ibu. Mereka inilah yang kita perlu bantu dengan memberi pendedahan mengenai kepentingan susu ibu kepada bayi.

Cukuplah setakat ini penulisan saya mengenai penyusuan susu ibu. Apa-apa pun..saya sangat gembira dapat melihat anak-anak saya membesar dengan susu saya sendiri.




You may also like

No comments: