"PICKY EATER" DI KALANGAN KANAK-KANAK

0 Comments

Picky eater biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun atau dengan kata lainnya cerewet makan. Antara ciri-ciri picky eater ialah:

1) cenderung untuk makan 1 atau 2 jenis makanan sahaja untuk tempoh yang panjang
2) tidak mahu mencuba makanan baru terutama sayur-sayuran dan buah-buahan
3) menolak sesetengah makanan berdasarkan warna


Jika perilaku sebegini berlaku terlalu lama, ini akan menyebabkan anak anda mengalami kekurangan nutrisi. Ramai ibu bapa yang risau apabila anaknya kurang berat badan atau terlalu kurus.

Menurut tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi yang dijalankan di seluruh negara, satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah pemakanan sama ada kekurangan atau berlebihan zat makanan. Malah peratusan kekurangan berat badan juga amat tinggi berbanding berlebihan berat badan.

Trend terkini ramai ibu-bapa cenderung mengambil suplimen dengan harapan anak-anak mereka mendapat nutrisi yang secukupnya. Sebenarnya konsep tersebut adalah salah. Suplimen adalah makanan tambahan dimana ia membantu kekurangan nutrisi pada badan anak anda tetapi pada masa yang sama anda perlulah memastikan anak- anda makan makanan yang berkhasiat, Suplimen hanya membantu bukanlah sebagai pengganti makanan yang anda

Selain daripada pengambilan suplimen, cara lain yang anda boleh gunakan untuk membantu mengatasi mengatasi masalah anak cerewet makan ialah:

1) Jangan paksa mereka makan kerana ini akan menggalakkan anak itu untuk tidak makan,
2) Hidangkan makanan pada waktu yang sama contohnya pagi, tengahari,petang dan malam.
3) Kurangkan memberi air yang berkalori tinggi seperti kordial atau jus di antara waktu makan kerana ia cenderung membuatkan anak anda kenyang.
4) Potong makanan dalam bentuk yang manarik.
5) Hidangkan pelbagai makanan seperti sayur-sayuran, buah, protein dan makanan kanji lain. Jangan hadkan kepada menu kegemaran mereka sahaja.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian daripada saya ini dapat membantu anda mengatasi masalah anak yang cerewet makan. Jika inginkan sebarang konsultasi boleh hubungi saya.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPP 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: