LANGSING ALA SELEBRITI HOLLYWOOD

0 Comments
Rata-rata aktres Hollywood sangat peka tentang penjagaan bentuk tubuh. Mereka sanggup mengupah jurulatih walaupun bayarannya sangat mahal., mengamalkan senaman tertentu walaupun dalam kesibukan dan menyekat makanan. Ingin mencuba teknik mereka mempertahankan kelangsingan tubuh?Mungkin rahsia tips mereka ini boleh membantu anda:

1) MADONNA
Beliau mengamalkan diet mikrobiotik iaitu beliau akan memerhatikan bilakah tubuh benar-benar memerlukan makanan.Diet ini didasarkan daripada pola diet sihat yang menggabungkan makanan seperti beras, kekacang,sayur-sayuran dan sedikit pilihan daging dan ikan. Beliau tidak pernah menyentuh junk food sama sekali.


2) ANGELINA JOLIE
Beliau mengambil daging tanpa lemak, sayur-sayuran dan susu soya. Selain mengawal pemakanan, beliau juga melakukan latihan fizikal seperti kickboxing, berperahu, seni mempertahankan diri dan yoga. Beliau juga mengelakkan makanan yang mengandungi gula






3) KATIE HOLMES
Holmes mengambil beberapa vitamin demi memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan segar. Beliau sangat menggemari agar-agar,kek coklat,bertih jagung dengan marjerin dan burger sayuran.


Tak hairanlah kalau dilihat bentuk badan langsing menjadi milik artis-artis Hollywood ini. Lihat sahaja Madonna, walaupun usianya sudah melebihi angka 40, tubuhnya masih cantik seperti usia di zaman remajanya. Begitu juga dengan Angelina Jolie yang masih fit biarpun usia 20-an itu sudah terlalu jauh ditinggalkan.


You may also like

No comments: