IMPAK BESAR JAUNDIS

0 Comments

Selepas saya melahirkan Irfan, hari kedua Irfan dah menunjukkan tanda-tanda positif jaundis. Hati ibu mana yang tidak risau. Selepas seminggu dilahirkan, Irfan ditahan di wad dan diletakkan di bawah cahaya lampu bagi membantu mengurangkan tahap bilirubin dalam darah beliau. Alhamdulillah..bacaan bilirubinnya menurun pada keesokan harinya. Tetapi..selepas beberapa minggu, saya dapati kulit dan matanya masih kekuningan. Ini bermaksud, bilirubin masih lagi termendap di bawah kulit. Saya telah berjumpa dengan doktor pakar, dan doktor mengesahkan tiada masalah kepada Irfan kerana bacaan bilirubinnya rendah dan tidak akan meningkat lagi selepas hari yang ke 14.

Kesannya jika tahap bilirubin terlalu tinggi akan menyebabkan ia meresap masuk kedalam sistem otak dimana pigmen bilirubin menjadi toksik kepada otak. Ia boleh mendatangkan risiko kepada urat saraf di bahagian otak bayi. Kerencatan kekal pada otak, yang dikenali sebagai kernikterus, juga terjadi kepada bayi yang mengalami gejala jaundis malah mereka mungkin terdedah kepada kecacatan otak seperti palsi serebrum, sawan, terencat akal dan pekak.

Janudis Irfan berlarutan sehingga sebulan. Antara inisisatif yang saya lakukan ialah menyusukan Irfan sekerap yang mungkin. Ini kerana, bilirubin yang ada di dalam darah boleh didalurkan ke usus dan dikeluarkan melalui najis. Saya akan sentiasa kejutkan Irfan semasa tidur dan susukannya sehingga kenyang.
Alhamdulillah..selepas sebulan hilang terus warna kuning pada kulit Irfan.

Kepada ibu sekalian, janganlah menjemur bayi anda di bawah cahaya matahari kerana dikhuatiri selepas pukul 9 pagi,sinaran UV yang tinggi boleh merosakkan mata bayi dan menyahhidratkan bayi. Ibu-ibu juga dinasihatkan untuk mengelakkan memakan jamu dan halia seminggu selepas bersalin bagi mengelakkan terjadinya jaundis kerana dikhuatiri komponen jamu dan haia merencat aktiviti hati bayi yang belum matang. Malah, pemakanan jamu ketika pantang boleh mengembalikan kuning bayi yang semakin hilang.




You may also like

No comments: