TIPS PENJAGAAN UNTUK IBU HAMIL YANG BERMASALAH

0 Comments

Ibu hamil sememangnya perlu lebih prihatin terhadap penjagaan kesihatannya bagi memastikan kehamilan berjalan dengan lancar dan anak yang dilahirkan sihat. Namun, ada sesetengah ibu hamil memerlukan  extra perhatian kerana beberapa masalah ketika hamil.

1) ANEMIA
Ini disebabkan kekurangan zat besi. Masalah ini dapat diatasi dengan memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Namun, ibu hamil perlu mengelakkan diri daripada memakan hati atau makanan yang berasaskan hati semasa hamil.

2) KENCING MANIS
Tahap gula dalam darah ibu hamil perlu sentiasa stabil. Oleh itu, doktor mungkin mengubah suai insulin untuk kehamilan dan ibu hamil petut menumpukan perhatian khusus pada diet mereka.

3) SERVIKS LEMAH
Doktor mungkin mengesyorkan satu pembedahan kecil untuk menjahit dan menutup serviks pada awal kehamilan. Jahitan ini kemudiannya akan dibuka hampir pada akhir kehamilan atau sebaik sahaja proses kelahiran bermula.

4) BAYI KECIL DARIPADA TARIKH
Jika ujian menunjukkan bayi anda kecil, ibu hamil mungkin akan diberi pengawasan teliti sepanjang kehamilan untuk membolehkan kesihatan bayi diperiksa dan menentukan sama ada pengaliran darah ke plasenta mencukupi atau tidak besar. Jika bayi berhenti membesar atau kelihatan seperti dalam bahaya, maka bayi mungkin akan dilahirkan lebih awal sama ada secara induksi atau pembedahan.


Jika anda memerlukan konsultasi mengenai kehamilan anda,boleh hubungi saya

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: