DIET UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

0 Comments
Assalamualaikum.. semoga pembaca sekalian dalam keadaan sihat walafiat..

Hari ini terdetik di hati saya untuk berkongsi sedikit mengenai penyakit buah pinggang sebabnya ramai pesakit buah pinggang yang ingin menggunakan produk shaklee tetapi saya tidak menggalakkan kerana pesakit buah pinggang perlu mengawasi diet harian mereka.Antara empat nutrien yang perlu diawasi oleh pesakit buah pinggang ialah:

1) PROTEIN
Pengambilan protein perlu di hadkan kerana buah pinggang tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Jika anda sudah berada pada tahap dialisis barulah dibenarkan kerana ia akan disingkirkan semasa sewaktu proses dialisis. Tetapi, pesakit perlu bijak memilih makanan protein yang rendah fosforus.

2) SODIUM
Penyakit buah pinggang menyebabkan kesukaran untuk menghapuskan garam dan cecair yang berlebihan daripada badan. Mengurangkan pengambilan sodium membantu mengawal tekanan darah dan mencegah bahan buangan dan cecair terkumpul dalam badan.

3) POTASSIUM
Buah pinggang yang bermasalah tidak dapat mengekalkan keseimbangan potassium dalam badan. Jika kadar potassium anda terlalu tinggi, ia akan menyebabkan lemah jantung, degupan jantung tidak tetap dan kesukaran bernafas,

4) FOSFORUS
Untuk pesakit buah pinggang, fosforus tidak dapat disingkirkan dan ini menyebabkan kandungan fosforus dalam badan menjadi tinggi dalam darah. Keadaan ini menyebabkan kandungan kalsium dalam darah akan berkurang dan membawa kepada sakit tulang atau sendi

oleh itu, jika anda adalah pesakit buah pinggang..silalah kawal pemakanan anda jika tidak mahu ia memudaratkan anda kelak..
Jika perlukan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan..sila hubungi saya..

NAD
019-2639545


You may also like

No comments: