SUSU KURANG SELEAPAS BERSALIN?JOM ATASINYA

0 Comments

Salam semua...

Alhamdulillah genap 6 bulan saya menyusukan Auni dengan susu badan. Sekarang, susu saya masih banyak dan masih boleh di pam di tempat kerja. Saya teringat semasa saya melahirkan Auni, sedikit sahaja susu yang keluar..sehinggakan Auni menangis sepanjang malam akibat kelaparan. Tetapi saya tidak mudah mengalah, bagi saya memberi susu formula bukanlah cara terbaik.

Hari ketiga selepas bersalin, susu masih segan-segan nak keluar. Masa tu saya dah tahu,puncanya ialah saya kurang minum air. Selain itu, ibu saya menjemput bidan kampung untuk datang mengurut saya bagi membantu pengeluaran susu. Masa mengurut memang best sebab mak bidan akan urut di bahagian belakang tulang dan saya rasa releks sangat.

Selain itu, saya mula tidak mencatu makan (sebelum ni kurang makan sebab nk diet). Saya banyakkan makan makanan berkhasiat seperti ulam-ulaman.

Alhamdulillah..selepas mengamalkan semua ni..dalam masa seminggu, tiada lagi tangisan kelaparan Auni..hihihihi..

=============
NAd


You may also like

No comments: