TEH PELANGSING :BAIK ATAU BURUK???

0 Comments
 Salam semua dan salam hari rabu.Semoga semuanya sihat dan berada dalam keadaan ceria selalu. Hari ini saya akan kongsikan sedikit keburukan dan kebaikan pengambilan teh pelangsing.Saya tahu..ramai anda disini sangat obses nak mengekalkan bentuk badan..tapi tahukah anda???bagi anda yang mengamalkan teh pelangsing untuk menguruskan badan, perlulah berhati-hati dengan kandungan teh tersebut. Menurut satu artikel yang diterbitkan di dalam Majalah Philipine Daily Inquire, menyatakan bahawa teh pelangsing atau teh herba berbeza dengan teh lain. Salah satu tanaman herBa yang digunakan ialah daun senna, yang merupakan laksatif yang dapat mengosongkan isi usus besar. Semua laksatif tidak boleh digunakan lebih daripada seminggu.


APAKAH KESAN JANGKA PANJANG MENGAMALKAN TEH PELANGSING?

a) Penggunaan jangka masa panjang akan membuatkan dinding otot usus besar tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya anda tidak dapat membuang air sekiranya tidak mengambil laksatif ini. Adakah ini yang dialami anda sekarang?????? Semakin lama anda mengambil laksatif ini,semakin besar risiko kerosakan usus.

b) Ia menyebabkan cecair tubuh dibuang secara berlebihan dan boleh menyebabkan dehidrasi serta kehilangan mineral seperti kalsium, magnesium dan potassium. Rendahnya kadar potassium boleh mengakibatkan kelemahan otot dan denyutan jantung tidak teratur.

So sekarang dah tahu kan akibat pengamalan teh pelangsing. Oleh itu, elakkan pengambilan teh pelangsing kerana ia lebih banyak memudaratkan daripada memberi kebaikan. Untuk konsultasi mengenai kecantikan dan kesihatan boleh hubungi saya 0192639545


You may also like

No comments: